Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday, 7 March 2012

KITA ada apa hal???? Zamil sudah sokong Zaid



Kemelut kepimpinan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) berterusan apabila Zamil Ibrahim yang mendakwa dirinya sebagai ketua parti, yang dipilih dalam mesyuarat tergempar dua minggu lalu, menolak pengumuman Datuk Zaid Ibrahim mahu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) atas tiket parti itu.

Katanya, semasa Zaid menerajui Kita sejak ditubuhkan setahun lalu, beliau dalam masa singkat telah menunjukkan keegoannya dan hanya memikirkan tentang diri sendiri.


“Rakyat mesti sedar rekodnya yang asyik putar belit atau ‘flip-flop’.


“Umno, PKR dan Kita sekarang sudah sedar dengan permainan politik peribadi Zaid dan minta semua parti yang ingin membuat tawaran supaya tidak berbuat demikian,” kata beliau dalam satu kenyataan media, hari ini.


Pagi tadi, Zaid mengumumkan Kita akan meletakkan calon dalam PRU13.


Beliau sendiri akan bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu.


Pada sidang media itu juga beliau berkata telah menjawab dan menghantar surat tunjuk sebab yang dikemukakan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 1 Mac lalu dan menjawab kesemua lima persoalan yang dikemukakan.


Sehubungan itu, Zamil turut menasihatkan Zaid supaya bersara dari politik daripada berterusan memakai topeng liberal atau demokratik dan mendakwa Zaid melakukan sebaliknya.


“Sehubungan itu, saya minta semua pemimpin dan ahli di seluruh negara agar bertenang,” katanya.

No comments:

Post a Comment