Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar
Selangor baru-baru ini mengadakan
perjumpaan dengan dua operator air antarabangsa - Suez Environment yang
berpangkalan di Perancis dan Wessex Water dari United Kingdom. Tujuan
perjumpaan ini adalah untuk mendapatkan pandangan pengurusan air yang cekap
sebagai persediaan Kerajaan Negeri mengambilalih industri air. (Adakah ini bermaksud bahawa minda rakyat Malaysia tidak dijajah?? Ternyata bukan minda rakyat yang terjajah.. tetapi minda pemimpinnya.. Anwar telah dijajah minda Yahudi. Kini Khalid gagap pula.. apa lah maksudnya itu yeop.. Kita bagi jawapannya PRU13 nanti. Jawapannya apa Yeop??? Undilah Barisan Nasional..)
Jika ini bukan bukti mentaliti dijajah yang
masih membelenggu fikiran pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR), maka ia adalah
bukti bahawa PR mempunyai agenda tersembunyi dan dengan sengaja menolak
mentah-mentah penyelesaian yang boleh dicapai yang ditawarkan oleh kerajaan
pusat tetapi meminta ‘nasihat’ pakar asing bagi mengatasi masalah ini.
Pakar asing tersebut dikatakan bersedia
berkongsi kepakaran dalam
pengurusan air bagi memastikan model kerajaan Negeri bukan saja cekap dan
berkesan malah boleh dibekalkan pada tarif yang munasabah.
Logiknya, tidak mungkin mereka tidak
‘bersedia’ untuk apa saja jika ia bermakna membawa keuntungan kepada syarikat
mereka.
Tindakan Khalid ini bukan sahaja
menimbulkan kesangsian di kalangan rakyat Selangor tetapi ia juga dilihat
sebagai pengkhianatan terhadap negara kerana beliau secara terang-terangan
menggambarkan kepada pakar luar tersebut bahawa kerajaan pusat bersikap tidak
telus dan syarikat pengurusan air yang ada di negara ini tidak mahir belaka.
Malah beliau dengan ‘khianatnya’ berkata “kes
di Selangor bukan soal apa yang anda boleh lakukan tetapi siapa yang anda kenal."
Pakar-pakar tempatan telah membentangkan
masalah air yang bakal melanda Selangor jauh lebih awal sebelum ini. Lanjutan
dari itu, kerajaan pusat telah mengambil langkah-langkah tertentu untuk
menangani masalah ini.
Untuk
tujuan itu, fasa awal projek air bernilai RM8.65 bilion itu telah diluluskan
oleh kerajaan Selangor semasa di bawah perintah Barisan Nasional, tetapi fasa
berikutnya terhenti selepas Pakatan Rakyat menguasai Selangor dalam pilihan
raya umum 2008.
Kerajaan
negeri Selangor menawarkan sebanyak RM5.7 bilion untuk membeli kesemua
syer-syer bukan milik kerajaan negeri dalam SYABAS, Puncak Niaga, SPLASH dan ABBAS
dan berjanji untuk menurunkan tarif air sebanyak 24%. Logiknya bagaimana
kerajaan negeri mahu menurunkan tarif sebanyak 24% sedangkan untuk membeli
keseluruhan aset ini sahaja kerajaan negeri perlu membuat pinjaman sebanyak
RM5.7 bilion?
Kerajaan
negeri Selangor juga telah mengadakan perbincangan dengan syarikat dari Timur
Tengah sebagai pilihan untuk menguruskan air Selangor dan syarikat tersebut
bersedia menawarkan sehingga RM20 bilion bagi mengambil alih pengurusan air di
lembah Klang. Tetapi, ini pasti bermakna tariff air akan meningkat dengan
drastik sekali. Tidak mungkin kerajaan negeri dapat membekalkan air dengan
murah setelah menghabiskan RM20 billion untuk tujuan itu?
Kerajaan
Persekutuan telah membayar pampasan bagi pengambilan tanah untuk menampung
penyaluran air mentah dari Pahang dan semua syarat permohonan telah dipenuhi.
Untuk itu, kerajaan Persekutuan memerlukan kebenaran kerajaan Selangor untuk
memulakan kerja-kerja pembinaan melalui empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
termasuk Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Ampang, Majlis
Perbandaran Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Subang.
Kerajaan
Pusat juga telah beberapa kali membuat rundingan dengan kerajaan Selangor
mengenai isu berkenaan termasuk mengenai pelan pengambilan tanah untuk
pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 untuk Projek Penyaluran Air Mentah dari
Pahang ke Selangor tetapi masih tidak dipersetujui oleh kerajaan negeri
Selangor.
Khianatnya
kerajaan negeri Selangor ini sehingga mereka sanggup mengarahkan semua Majlis
Perbandaran dan Pejabat Tanah supaya menghalang sebarang kerja-kerja pembinaan
laluan paip penyaluran air dari negeri Pahang dilakukan.
Kerana
ingin mengaut keuntungan licik, sama ada melalui perlantikan pakar asing atau
apa saja, Khalid sanggup membiarkan rakyat Selangor menderita sedangkan beliau
tahu yang bekalan air akan terus susut sehingga 13.4% jika penyelesaian tidak
dilakukan dengan segera iaitu menyiapkan projek kerajaan pusat tersebut sebelum
Jun 2014.
Justeru,
tidak ada cara lain untuk rakyat Selangor menyelamatkan diri dari terus
dikhianati oleh Menteri Besar sendiri. Caranya ialah mengembalikan Selangor ini
kepada kerajaan pusat melalui pilihanraya nanti.
Mungkin
ada yang menganggap artikel ini sebagai bahan kempen pilihanraya namun, sama
ada ia bahan kempen atau tidak, ia hanya membawa fakta kebenaran semata-mata.
Sesungguhnya nasib rakyat Selangor berada di tangan sendiri.
No comments:
Post a Comment