Semua
rakyat Malaysia yang punya kesedaran politik pasti dapat merasakan bahawa
Pilihanraya ke-13 sudah semakin hampir. Oleh itu, mereka mula memerhatikan
gerak langkah pemimpin-pemimpin dan parti-parti politik dengan lebih dekat.
Yang atas pagar sudah mula membuat perkiraan serius mengenai parti mana atau
pemimpin mana yang wajar dipilih dan yang sudah tetap pendirian pula semakin
kuat mempertahankan pendirian masing-masing.
Di
bandar-bandar, internet menjadi bahan rujukan utama untuk mendapat berita
politik, selain akhbar-akhbar rasmi. Di kampung-kampung pula, walaupun terdapat
akhbar-akhbar, namun kita terpaksa juga mengakui bahawa masih ramai yang tidak
berminat membacanya. Rata-rata orang-orang kampung bergantung kepada maklumat
secara lisan melalui rakan-rakan atau anak-anak mereka yang tinggal di bandar.
Tetapi,
sedarkah kita bahawa terdapat ramai orang-orang bandar yang konon intelektual
yang juga malas membaca dan menganalisa maklumat sendiri? Mereka ini juga,
seperti orang-orang kampung tadi hanya bergantung kepada cakap-cakap
kawan-kawan dan selalunya bersifat lalang iaitu tiada pendirian dan tidak tahu
apa-apa. Mereka bersandar sepenuhnya kepada pengaruh rakan dan orang-orang
sekeliling tetapi tetap mengaku bijak dan tahu segala-galanya.
Orang
sebegini bila berdebat akan keluarlah hujah berbunyi, ‘kawan saya cakap begitu
dan kawan saya cakap begini’. Dan jika kawan mereka itu juga adalah jenis yang
sama iaitu hanya mendengar cakap kawan, dan kawan yang didengar itu pula adalah
jenis penganut PAS tegar atau jenis liberal PKR atau rasis DAP maka yang akan
tersebar dalam kumpulan mereka hanyalah hujah yang menyebelahi kawan kepada
kawan kepada kawan mereka tadi sahaja. Oleh itu, maklumat yang mereka terima
belum tentu lagi kebenarannya.
Justeru,
bagaimana kita mendidik rakyat untuk menjadi manusia yang boleh mencari
maklumat sendiri dan mampu berfikir dengan sendiri tanpa dipengaruhi sesiapa?
Pilihanraya
di sebuah negara yang rapuh seperti Malaysia bukanlah perkara kecil yang boleh
diambil mudah. Malaysia adalah negara yang boleh dikatakan baru yang mana kita
baru sahaja menyaksikan 6 Perdana Menteri, berbanding dengan negara yang lama
seperti Amerika dengan Presiden yang ke 44. Malaysia masih lagi terkapai-kapai
mencari identiti akibat sering diasak oleh rakyat dari berbagai kaum yang
masing-masing ingin mengekalkan identiti negara asal masing-masing. Malah dari
segi bahasa juga, bahasa kebangsaan negara ini masih menjadi perdebatan dan
perlu dipertahankan dari diperlekeh atau dihapuskan terus.
Semua
rakyat Malaysia pasti sedar bahawa akhir-akhir ini masalah ‘asakan’ dari
berbagai kaum ini semakin menjadi-jadi dan jika dibiarkan ia mampu menimbulkan
ketegangan.
Atas
semua faktor inilah maka pilihanraya memilih kerajaan yang bijak dan adil
amatlah penting.
Malaysia
bukan seperti Amerika iaitu tidak akan hancur hanya kerana Presiden atau parti
memerintah bertukar. Di Malaysia, sekiranya kita tersilap memilih parti,
akibatnya adalah lebih besar dari sekadar perubahan di peringkat kepimpinan dan
hala tuju negara. Ini kerana parti-parti pembangkang di Malaysia tidak mampu
menjadi parti alternatif yang setara dengan kerajaan sedia ada kerana
masing-masing mempunyai agenda yang bertentangan serta ekstrem.
Umum
tahu bahawa walaupun pembangkang bergabung di bawah satu pakatan yang dipanggil
Pakatan Rakyat, namun hakikatnya, mereka tidak pernah sepakat. Kita sedia
maklum bahawa PKR ingin, atau sudahpun menguasai PAS, sementara kedua-dua PKR
dan PAS pula, dikuasai penuh oleh DAP.
Bukti
bahawa DAP menguasai PAS dan PKR sudah terlalu banyak malah menjadi tunjang
Pakatan Rakyat itu sendiri iaitu dengan tergadainya prinsip menubuhkan Negara
Islam ‘impian’ PAS barulah gabungan parti-parti pembangkang ini dapat direalisasikan.
DAP sanggup tidak bekerjasama dengan PAS jika Negara Islam tidak digugurkan
tetapi PAS langsung tidak berani memberi syarat sebaliknya kepada DAP.
Ini
sudah cukup untuk menunjukkan betapa DAP amat berkuasa dan hanya DAP yang
mempunyai hak mutlak menentukan keputusan, hala tuju dan prinsip Pakatan
Rakyat.
Pakatan
Rakyat kini memegang 76 kerusi dengan pecahan DAP 29, PKR 24 dan PAS 23.
Dalam
pada itu, DAP juga sedang berkira-kira untuk meletakkan calon Melayu di kawasan
majoriti Melayu dalam PRU akan datang sekali gus mengenepikan PAS atau PKR dan
menambahkan lagi kuasa mereka.
PKR
juga mempunyai calon-calon dari kalangan kaum Cina. Maka jangan kita
sekali-kali lupa bahawa kaum Cina terkenal dengan sifat perkaumannya di mana
kesetiaannya hanyalah kepada kaum dan bukan parti, negara, mahupun apa saja.
Maka calon-calon Cina di dalam PKR juga akan merupakan sumber kekuatan DAP.
Jika
diambil kira ramalan Tun Daim Zainuddin, (yang mana selalunya benar) beliau
menjangkakan sekurang-kurangnya 70% kaum Cina akan tetap menolak BN atau 15
kerusi MCA dan 2 kerusi Gerakan di Semenanjung ,akan jatuh kepada DAP. Andainya
ramalan ini tepat maka kekuatan DAP pastinya akan berganda.
Dengan
gandaan sedemikian, dan kuasa yang sedia ada, pastinya PAS dan PKR tidak akan
ada peluang pun untuk bersuara dalam Pakatan Rakyat. Sedangkan sekarangpun PAS
dan PKR hanya mampu menikus apabila disergah atau dijegil oleh DAP.
Bayangkanlah
apa akan jadi pada Malaysia jika Pakatan Rakyat memerintah, iaitu pastinya
negara ini akan dibentuk mengikut acuan DAP. Dan acuan DAP itu adalah
berkonsepkan Malaysian Malaysia di mana Institusi Raja-raja dan hak bumiputera
dihapuskan. Kaum-kaum lain hanya akan diberi jawatan sekiranya dilihat
berpotensi menjadi boneka dan menurut apa saja keputusan yang memihak kepada
kaum Cina. Ini pastinya akan meluaskan lagi jurang ekonomi antara kaum Cina
dengan kaum-kaum lain.
Kerana
itulah penulis menegaskan bahawa bagi menentukan pilihan kita dalam PRU akan
datang, kita wajar belajar dari sejarah. Apatah lagi jika perkara ini bukan
lagi menjadi sejarah tetapi baru saja, atau sedang berlaku di depan mata.
Jatuhnya
PR di Perak mungkin dikatakan kerana percaturan politik UMNO tetapi hakikatnya,
jatuhnya PR di Perak adalah kerana kerakusan DAP sehingga menimbulkan cuak di
kalangan pemimpin-pemimpin PR yang bukan dari kaum Cina. Sifat DAP yang begitu
chauvinis, angkuh dan pentingkan diri, suka menguasai, memonopoli dan tidak
menghormati tidak kira sesama pemimpin PR sendiri sehinggalah kepada DYMM
Sultan, menyebabkan ramai yang sedar betapa mereka telah membuat pilihan yang
salah. Mujurlah Perak masih dapat diselamatkan dari terus dipijak-pijak oleh
DAP.
Di
Selangor juga, lihat sahaja bagaimana exco DAP ‘melangkah’ Menteri Besar dalam
isu perlantikan ahli MPPJ. Malah dengan satu cubitan atau renungan tajam,
Menteri Besar dan exco-exco PKR dan PAS tidak mampu berkata apa jua dalam isu
arak, judi, rumah urut, pusat hiburan hatta murtad juga. Sesiapa yang
memberanikan diri menentang DAP, pasti akan diterajang keluar sepertimana yang
berlaku kepada Datuk Dr. Hasan Ali.
DAP
juga cuba melakukan yang sama melalui Anwar dan orang-orangnya di Kedah kerana
‘bengang’kan Ustaz Azizan yang terkenal dengan keMelayuannya. Dan sehingga
kini, kemelut Kedah masih belum berakhir sepenuhnya.
Hanya
Kelantan yang ‘selamat’ dari cengkaman DAP kerana tidak ramai kaum Cina di
negeri itu. Namun, ini juga boleh dipertikaikan. Mungkinkah Kelantan ‘selamat’
kerana DAP sudah berpuas hati dengan Nik Aziz yang memberikan beribu-ribu
hektar tanah rizab untuk dimajukan oleh syarikat bukan bumiputera di negeri
Serambi Mekah itu?
Inilah
gambaran sebenar pemerintahan Pakatan Rakyat iaitu DAP yang membuat keputusan
atas segala-galanya walaupun mengikut hirarki dan undang-undang, yang
sepatutnya berkuasa adalah PKR atau PAS. Kita mungkin menyaksikan Anwar Ibrahim
sebagai Perdana Menteri dan beberapa orang Menteri India dan Melayu di kabinet,
namun yakinlah mereka semua adalah boneka semata-mata.
Ketahuilah
bahawa DAP punya senjata paling ampuh untuk membonekakan Anwar iaitu melalui
Karpal Singh, peguamnya yang memegang segala rahsianya. Logik menyatakan untuk
apa Karpal Singh membela Anwar sedangkan beliau yang mula-mula mendedahkan
salahlaku seks Anwar di parlimen pada tahun 1997, jika bukan untuk menguasai
Anwar?
Justeru,
buatlah pilihan dengan bijak dalam PRU nanti. Gunakan akal sendiri dan bukan
emosi atau akal orang lain untuk menentukan masa depan negara ini. Ingatlah
bahawa 13 Mei 1969 bermula kerana ketidakseimbangan dalam pembahagian kek
ekonomi dan keangkuhan kaum Cina, dan sejarah pastinya berulang jika punca
kejadiannya diulang juga.
Cuma,
jika ia berulang ketika kuasa berada di tangan DAP, pengakhirannya tidak
mungkin sama sepertimana ketika kuasa berada di tangan UMNO.
No comments:
Post a Comment