Karpal Singh betul-betul menyinga kali ini apabila Jawantankuasa Disiplin
DAP mengambil keputusan membebaskan P. Ramasamy daripada tuduhan melanggar
disiplin parti.
Pelik bin ajaib betul sikap Godfather DAP seorang ni, Disember tahun lepas,
dia juga yang beria-ia mahu pertelingkahannya dengan Ramasamy diserahkan
jawatankuasa tatatertib parti untuk diselesaikan.
Selepas berperang mulut dengan
timbalan setiausaha agung DAP, P Ramasamy, pengerusi kebangsaannya, Karpal
Singh berkata, beliau lebih suka krisis tersebut diselesaikan melalui saluran
dalaman parti.
- Malaysiakini, 29 Disember 2011 -
Namun, bila keputusan tidak mengikut kehendak nafsunya sebaliknya memihak
kepada Ramasamy, dia pula yang meloncat tak puas hati.
Sudah tabie agaknya, keadilan hanya di akui oleh Karpal hanya bila ianya
memenuhi seleranya saja. Jika sebaliknya, selagi itulah dia akan melompat
sambil mendabik dada dialah godfather dan dialah pembawa panji keadilan di
seantero dunia.
Perang terbuka antara Karpal dengan Ramasamy sebenarnya hanyalah lanjutan
daripada protes kecil kaum India terhadap Karpal SIngh & DAP yang sekian
lama dilihat hanya mempergunakan sokongan masyarakat India untuk kepentingan
politik saja.
Apabila kuasa sudah berada dalam tangan, pengorbanan kaum India di
perkecilkan, tidak ubah umpama habis madu sepah dibuang.
Malah sejak wujudnya pertelingkahan terbuka antaranya dengan Ramasamy, telah
ramai pemimpin & ahli DAP keturunan India yang dipecat atau digugurkan
jawatan mereka hasil campurtangan Karpal Singh.
Termasuklah kes terbaru pengguguran empat orang ahli DAP yang menganggotai
Lembaga Pembiayaan Hindu & Lembaga Rayuan Negeri.
Dalam pada itu, Bernama
melaporkan Karpal Singh juga mengesahkan pemimpin tertinggi DAP mengambil
keputusan untuk menggugurkan empat anggota parti, yang dilantik oleh Ramasamy
yang juga adalah timbalan ketua menteri Pulau Pinang II, daripada Lembaga
Pembiayaan Hindu dan Lembaga Rayuan Negeri dalam masa terdekat.
- Malaysiakini, 18 Mac 2012 -
Pantang kena dikritik, terus dikorek hingga ke lubang cacing mencari siapa
saja yang bersekongkol menyokong P. Ramasamy, tiada yang akan terselamat.
Dulu pun, waktu wujudnya penentangan terbuka terhadap kepimpinan diktatorship
Lim Kit Siang yang digerakkan oleh Wee Cho Keong, ramai pemimpin berkaliber DAP
menjadi mangsa kerakusan kuasa Lim Kit Siang.
Segalanya dilakukan demi untuk mempertahankan kedudukan masing-masing dalam
DAP.
Lim Kit Siang dengan agendanya meng 'dinasti' kan DAP begitu juga Karpal
dengan gerakan untuk meletakkan anak-anaknya dalam kepimpinan pusat parti.
DAP yang gah bercakap soal kebebasan bersuara, hak menyuarakan pendapat
akhirnya menjadi parti anak beranak yang hanya sesuai di ikuti oleh pak turut
dan pak sanggup.
Dari Meja
PKR dan Dap sama je....parti anak beranak...para penyokong dan pengundi terus bodoh dek kerna hasutan Dap dan PKR...Pas xusah nak ceritalah...sama sengal...
ReplyDelete