Semua orang tentu nak tahu apakah reaksi Tengku Razaleigh Hamzah mengenai tindak tanduk Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir yang akhirnya telah keluar UMNO.
Ini kerana mereka diketahui rapat dan sama-sama dalam badan NGO, Angkatan Amanah Merdeka.
Ditemui Agendadaily di bangunan Parlimen pagi Isnin Ahli Parlimen Gua Musang itu membayangkan beliau tidak ada kaitan langsung dengan gelagat Kadir.
Beliau menyifatkan tindakan Kadir keluar UMNO itu satu tindakan peribadi.
Soalan yang paling penting...apakah beliau akan mengikut jejak Kadir itu,Tengku Razaleigh sambil tertawa berkata, " dia patut ikut saya,bukan saya ikut dia."
Sementara itu dalam sidang akhbarnya di pejabatnya di Seri Kembangan dekat Kuala Lumpur,Isnin Kadir mengumumkan akan kembali aktif dalam arena politik dengan meneruskan perjuangan pemimpin UMNO terdahulu.
Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan itu berkata, fokus utama beliau kini adalah untuk meneruskan perjuangan UMNO berdasarkan "nilai perjuangan yang diasaskan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu", ke tempat yang lebih sesuai.
"Kita ada Amanah (Angkatan Amanah Merdeka), yang kita tubuhkan sebab hendak membawa perjuangan yang dimulakan oleh pengasas dan pemimpin Umno dan negara sebelum ini.
"Saya juga boleh meneruskan perjuangan dengan menyertai NGO-NGO jika ada yang menjemput untuk memberi ceramah atas isu nasional. Apabila sudah berhenti (dari Umno) saya bebas sikit, saya hanya terima jemputan NGO," katanya
Sumber : AgendaDaily
No comments:
Post a Comment