PERSOALAN
yang ditimbulkan oleh ADUN Bebas dari Gombak Setia, Datuk Dr. Hasan Ali
berhubung perbelanjaan sebanyak RM 300 juta untuk program geran Selangorku,
memang menarik untuk menjadi topik perbincangan kita hari ini.
Pertama untuk menunjukkan bahawa bajet berimbang yang
dibentangkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sesi pembentangan
belanjawan negeri Selangor November lepas adalah ‘wayang’ semata-mata.
Taktiknya, masa bentang bajet, mesti mau tunjuk itu bajet berimbang konon
kerajaan Selangor punya standard belanja berhemah, sedangkan sepanjang tahun
itu, setiap kali ada sesi DUN, kerajaan negeri akan mengemukakan bajet
tambahan.
Hujung tahun nanti, bajet kerajaan negeri akan ditutup dalam
keadaan defisit (belanja lebih dari apa yang dibentang dalam belanjawan).
Inilah taktiknya yang selalu digunakan Pakatan Rakyat untuk
menipu rakyat selama 4 tahun memerintah Selangor ini. Penulis percaya, taktik
sama digunakan di negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat yang lain juga,
melainkan Kelantan sebab negeri itu sentiasa sahaja tak berduit.
Keduanya tentang sumber. Inilah persoalan yang dibangkit Hasan
Ali, dari mana sumber wang ini datang kerana ia tidak dalam dalam akaun Menteri
Besar Incorporated (MBI) kerana dalam pembentangan bajet lepas, Khalid
mengatakan perbelanjaan untuk geran ini akan ditampung oleh MBI.
Sedangkan Khalid telah melancarkan program ini pada Februari
lepas, untuk dilaksanakan pada bulan Mac tapi seperti yang dikatakan oleh Hasan
Ali, wang tersebut tidak lagi dicatat dalam akaun MBI. Sekarang sudah 27hb Mac
tau, mana wang itu sudah pergi?
Jawapan Khalid bahawa Exco telah dimaklumkan Februari lepas, itu
tidak memuaskan hati kita atas sebab selain dari tidak menjawab soalan, rakyat
tidak kira latar belakang perlu dimaklumkan sumber pembiayaan tersebut. Kalau
segelintir Exco sahaja dimaklumkan, itu adalah satu kezaliman kepada rakyat
kerana Exco hanya mewakili pentadbiran kerajaan negeri sedangkan DUN mewakili
rakyat. Seharusnya DUN dimaklumkan terlebih dahulu, bukan setakat Exco sahaja.
Lagipun dalam Exco semua ‘yes’ man. Tiada bantahan walaupun ada
yang tidak kena, maklumlah, takut hilang jawatan.
Tindakan mendedahkan butiran sumber mana wang ini datang kepada
Exco sahaja menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan geran
Selangorku ini. Apa yang cuba disembunyikan? Adakah geran ini sebenarnya untuk
menampung perbelanjaan pilihanraya Pakatan Rakyat dalam kempen PRU akan datang?
Bukankah Pakatan Rakyat Selangor selalu mencanangkan bahawa
mereka adalah kerajaan yang telus dan terbuka, tiada noda walaupun seinci?
Kenapa pula dalam hal menjelaskan sumber wang RM 300 juta ini, mereka tidak
bersikap telus dan terbuka?
Kita perlu ingat, Selangor pada tahun ini baru sahaja mendapat
durian runtuh kerana kerajaan persekutuan telah meluluskan pembayaran sebanyak
RM 800 juta sebagai pampasan untuk pengambilan tanah bagi tujuan pembinaan
Putrajaya. Tapi wang ini telah dimasukkan Khalid Ibrahim ke dalam akaun
simpanan kerajaan negeri yang dibanggakan sangat itu kerana pertama kali dalam
sejarah Selangor mempunyai simpanan mencecah RM 1.9 billion.
Justeru penulis tidak rasa Khalid akan menggunakan wang ini
untuk tujuan pembiayaan program tersebut kerana itu akan hanya mengurangkan
simpanan kerajaan negeri yang dibanggakan sangat tu.
Selain itu, dari segi prinsipnya, hanya kerajaan yang nak
bankrap sahaja menggunakan wang simpanan untuk perbelanjaan pengurusan.
Ini menjelaskan kenapa soalan Hasan Ali ini penting untuk
dijawab Khalid Ibrahim, bukan mencari jalan untuk mengalihkan isu (divert).
Rakyat tidak mahu tahu sama ada Exco sudah dimaklumkan atau tidak, ini bukan
wang Exco tapi wang rakyat.
Jadi Khalid, kami menanti jawapanmu.
No comments:
Post a Comment