Walaupun telah berlalu buat beberapa ketika, tapi isu ini masih
lagi menjadi bualan hangat di laman-laman sosial seperti Facebook dan Youtube
dimana rakaman video kejadian tersebut disebarkan.
Perhimpunan tersebut yang asalnya mahu menuntut perubahan sebaliknya
menjadi medan menonjolkan wajah sebenar pemimpin PR yang tidak segan untuk
menindas hak orang lain demi kepentingan sendiri.
Tian Chua, Latheefa Koya, Tony Pua, Maria Chin, Lim Lip Eng dan
Ambiga yang turut hadir menyokong perarakan jalanan NGO Wanita Suara Perubahan
(WSP) itu sepatutnya berasa malu kerana gagal menonjolkan sikap kepimpinan yang
baik malah bersikap angkuh dan mementingkan diri sendiri,
walaupun dengan kanak-kanak sekolah.
Malah sehingga hari ini masih tidak mahu mengaku kesilapan tersebut
atau meminta maaf kepada guru dan murid-murid terbabit.
Jika hak kanak-kanak untuk menggunakan padang bagi latihan sukan
sanggup dinafikan demi menjayakan agenda sendiri, tidak sukar untuk kita
bayangkan bagamana nanti rupa wajah pemimpin PR sekiranya di beri peluang
mentadbir negara.
Sejak hampir seminggu lalu telah banyak kedengaran suara-suara
bantahan daripada ibubapa & guru yang menuntut PR tampil ke depan
menjernihkan keadaan dan memohon maaf di atas sikap tidak cermat beberapa
pemimpin PR & peserta di himpunan wanita tersebut.
Ini baru merasa secebis kuasa saja, itupun dah berani menafikan
hak orang lain. Padang yang luas terbentang di depan mata, kawasan latihan
sukan juga yang di pilihnya untuk berarak.
Entah apa jenis hati budi yang bersarang dalam jiwa manusia yang
bergelar pemimpin & penyokong PR. Patutlah ramai orang kata siapa saja
memimpin atau menyokong PR, automatik jadi bangang by default. Cerdik tak boleh
di ajar, bodoh menyusahkan orang.
No comments:
Post a Comment