Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday 23 February 2012

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia, untuk rakyat

Malaysia di landasan capai sasaran ETP : 

 Pelaburan langsung asing cecah RM32.9 bilion



MALAYSIA menarik pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM32.9 bilion sepanjang tahun lalu, iaitu yang tertinggi pernah dicatatkan setakat ini.
Ia adalah peningkatan sebanyak 12.3 peratus berbanding RM29.3 bilion yang diterima pada 2010.

Perkilangan muncul sebagai sektor sasaran utama FDI itu, merangkumi 50.1 peratus daripada jumlah yang diterima, diikuti perkhidmatan (27.3 peratus), perlombongan dan kuari (22.2 peratus) serta pertanian, perhutanan dan perikanan (0.4 peratus).

Prestasi itu adalah sejajar dengan hasil kaji selidik Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), Malaysia yang meletakkan Malaysia sebagai antara negara penerima FDI tertinggi bagi tempoh 2011 hingga 2013.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata jumlah pelaburan keseluruhan yang diluluskan dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan sektor utama sepanjang tahun lalu turut menyaksikan peningkatan kukuh, iaitu 40.7 peratus kepada RM148.6 bilion membabitkan 4,964 projek, dengan jangkaan menyediakan peluang pekerjaan baru sebanyak 149,496.

“Ini adalah bukti keyakinan pelabur terhadap persekitaran perniagaan di Malaysia. Pencapaian ketara itu juga menunjukkan Malaysia berada pada landasan untuk mencapai sasaran pelaburan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP),” katanya pada sidang media mengumumkan Prestasi Pelaburan Malaysia 2011 di Kuala Lumpur.
Hadir sama, Timbalannya, Datuk Mukhriz Mahathir dan Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob.

Mustapa berkata, sejajar dengan strategi kerajaan, pelaburan domestik terus mengatasi FDI dengan menguasai 55.4 peratus atau RM82.3 bilion daripada jumlah pelaburan diluluskan, manakala pelaburan asing sebanyak 44.6 peratus atau RM66.3 bilion.

Bagi sektor perkilangan katanya, ia terus menunjukkan aliran pemulihan dengan menyaksikan 846 projek bernilai RM56.1 bilion diluluskan tahun lalu, iaitu peningkatan 18.8 peratus daripada RM47.2 bilion pada 2010.

Beliau berkata, jumlah itu turut melepasi RM28.6 bilion atau 104 peratus daripada sasaran purata pelaburan tahunan sebanyak RM27.5 bilion yang ditetapkan dalam Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3) bagi tempoh 2006 hingga 2020.

“Projek yang membabitkan pelaburan asing berjumlah RM34.2 bilion atau 61 peratus, manakala pelaburan domestik berjumlah RM21.9 bilion mencakupi 39 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan tahun lalu,” katanya.

Industri elektrik dan elektronik terus mendominasi aliran kemasukan pelaburan, diikuti produk logam, peralatan pengangkutan, produk kimia, dan perkilangan makanan.

Subsektor itu merangkumi RM44.7 bilion atau 79.7 peratus daripada jumlah projek yang diluluskan.

Mustapa berkata, Jepun, Korea, Amerika Syarikat, Singapura dan Arab Saudi adalah sumber tertinggi bagi FDI dalam projek sektor perkilangan yang diluluskan, iaitu berjumlah RM22.5 bilion, atau mewakili 65.8 peratus.
Mengenai prospek kemasukan FDI bagi 2012 ini, beliau menegaskan, ia diunjurkan seiring dengan arah aliran global yang dijangkakan meningkat kepada AS$1.7 trilion.

“Malaysia dijangka mampu mengekalkan kemasukan FDI seperti dicatatkan pada 2011, walaupun dalam keadaan ekonomi global masih tidak menentu kerana 72 peratus daripada FDI yang diterima adalah dari negara Asia,” katanya.

Beliau berkata, pelaburan swasta juga dijangka meningkat kepada RM110 bilion tahun ini daripada RM94 bilion tahun lalu, didorong pelaburan domestik yang kukuh khususnya dalam sektor minyak dan gas. 

Sumber : Berita Harian

GTP berharap rakyat Malaysia terus menyokong Kerajaan Barisan Nasional yang menjadi Kerajaan hari ini.

Pertumbuhan ekonomi meningkat saban tahun, walaupun dunia menghadapi krisis ekonomi yang teruk.

Namun, bagi negara Malaysia, segalanya dirahmati dan kita perlu bersyukur.

GTP kata, itulah sebab Perdana Menteri Malaysia yakin dengan sumbangan-sumbangan dan subsidi yang diberikan.

Dari rakyat untuk rakyat, PRU-13, jangan lupa.. Barisan Nasional untuk semua.  :)

No comments:

Post a Comment