Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday, 22 February 2012

Persidangan Pro Yahudi, mengesahkan siapa hati Israel

 Persidangan Annapolis bukti Anwar sokong Israel


Sebuah blog, AnwarAIDC hari ini mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menandatangani surat lobi pada 2007 supaya kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengutamakan konsep two state solution atau penyelesaian dua negara bagi menyelesaikan konflik Israel-Palestin.

Melalui konsep itu, dunia perlu mengiktiraf penubuhan negara Israel yang sah dan juga Palestin di mana Jerusalem menjadi ibu kota kedua negara dengan kawasan kejiranan Israel akan menjadi milik Israel manakala kawasan kejiranan Arab jatuh di bawah kedaulatan Palestin.

Menurut blog dengan entri bertajuk Bukti Sokong Israel: Annapolis Summit – Anwar Jadi Tali Barut Presiden Bush itu, ketika itu, Anwar merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa International Crisis Group (ICG), sebuah badan antarabangsa tajaan George Soros.

“Dalam mesyuarat ICG di Vancouver, Kanada, pada Mac 2007 yang turut dihadiri Anwar, organisasi itu meluluskan resolusi two state solution dan menggesa negara-negara Islam khususnya dunia Arab membuka hubungan diplomatik dengan Israel sebagai jalan penyelesaian terbaik menamatkan konflik Israel-Palestin.

“Menurut ICG, inilah cara penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan krisis Israel-Palestin seperti mana yang diperakui oleh UN Security Council Resolutions 242 (1967) & 338 (1973), the Camp David Peace Accords (1978), The Clinton Parameters (2000), the Arab League Initiative (2002), dan the Roadmap (2003), the Quartet (UN, US, EU and Russia) iaitu mengiktiraf negara Palestin yang merdeka dan dalam masa sama dunia Islam mengiktiraf negara sah Israel,” kata blog AnwarAIDC.

Kata blog itu, resolusi ICG ini dipersetujui oleh kesemua anggota ahli mesyuarat yang hadir termasuk Anwar dan Soros.

Sumber : Utusan Online

No comments:

Post a Comment