Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday 22 February 2012

Pemimpin manusia biasa, apa keperluan bai'ah jika sekadar diperbodohkan??

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, seseorang Muslim tidak perlu berbai’ah kepada pemimpin yang hanya merupakan orang biasa. 

 


"Bai’ah bermakna kita ”swear loyalty” (sumpah taat setia) kepada pemimpin yang manusia biasa dan boleh buat benda yang salah... bahkan kita dapati banyak pemimpin Pas yang buat salah daripada segi agama,” katanya.

Katanya, seseorang Muslim hanya perlu tunduk kepada Allah SWT dan mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah.

Dr. Mahathir mengulas laporan akhbar hari ini bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai’ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat daripada bersumpah dan sesiapa yang melanggarnya “akan celaka dunia dan akhirat”. 

"Tidak ada perlu bai’ah kepada sesiapa... bukan pun Nabi, jadi nak bai’ah buat apa?” kata Dr. Mahathir pada sidang media selepas menyampaikan syarahan perdana “Transformasi Minda Penyelidik Muda” anjuran Persatuan Pascasiswazah Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi Mara di sini. 

Dr. Mahathir berkata, Pas cuba mengongkong pemikiran para penyokongnya dengan tidak membenarkan mereka menerima pendapat-pendapat yang berlainan daripada parti itu kerana itu mereka mengamalkan bai’ah di dalam parti itu. 

Mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau tidak akan menyaman The Wall Street Journal, Dr. Mahathir berkata Anwar memang menyokong Israel. 

"Jadi Nik Aziz (Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) nak cuba pertahan dia kononnya soalnya kenapa kerajaan Malaysia benarkan kapal Israel masuk pelabuhan? 

"Ya, itu adalah satu amalan antarabangsa. Kita kalau nak ada sekatan kita mungkin melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya.

Dr Mahathir berkata Malaysia tidak boleh menyokong Israel sama sekali kerana negara itu ditubuhkan daripada tanah yang dirampas daripada hak orang lain dan ini bukan satu perkara yang betul. - BERNAMA

Sumber : Utusan Online

Cer kita bincang apa yang tak logiknya pendapat mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed??

Ahli Pakatan Haram saja mengatakan tak logik dan pengikut haluan kiri yang membabi buta. Asalkan orang yang berkata itu seorang yang berserban dan berketayap, hujahnya di kira dalil yang di terima.

Asal boleh lah. Sehingga hujah Bob Lokman yang dah macam 'terlupa lirik' tu pun di terima.. Itulah dayusnya kepercayaan dan sokongan picisan-picisan PAS.

Semoga Malaysia tak gugur dengan golongan dan kumpulan sebegini. Jika tak, berleluasa lah kuasa Ultra Sesumpah.

No comments:

Post a Comment