Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday, 23 February 2012

Puteri Umno: Pas lemah, gagal desak Anwar



Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pemimpin Pas dilihat lemah setelah tidak mampu berbuat apa-apa termasuk mendesak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya mengenai Israel, yang bertentangan dengan pendirian parti itu.

Beliau berkata, tidak ada gunanya jika Pas terus bertegas dengan pendirian tidak sesekali mengiktiraf hak Yahudi terhadap bumi Palestin tetapi pada masa yang sama merelakan sekutunya secara terang-terangan menyokong keselamatan Israel.

Rosnah, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, berkata keengganan Anwar menyaman The Wall Street Journal (WSJ) sepatutnya disusuli dengan tindakan menarik balik sokongannya terhadap isu keselamatan Israel jika beliau benar-benar menghormati pendirian Pas.

"Kenyataan Anwar kononnya Datuk Nik Aziz Nik Mat mendengar dan memahami penjelasannya berhubung isu itu juga membuktikan betapa pandangan Mursyidul Am Pas dipandang remeh oleh Ketua Pembangkang," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau mengulas pertemuan antara Anwar dengan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, di sini semalam berhubung kenyataan Anggota Parlimen Permatang Pauh itu yang menyokong keselamatan Israel seperti dilaporkan WSJ.

Selepas pertemuan itu, Anwar berkata Nik Aziz memahami penjelasan beliau berhubung kenyataannya itu namun, Nik Aziz dalam kenyataannya hari ini berkata Pas tetap tidak mengiktiraf "negara haram" Israel.

Rosnah berkata Puteri Umno percaya keengganan Anwar menyaman WSJ adalah kerana beliau sememangnya memberi sokongan kepada Israel dan secara tidak langsung mengiktiraf kewujudan rejim Zionis yang secara terang-terangan menindas rakyat Palestin.

No comments:

Post a Comment