Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Friday 17 February 2012

Perang idealisme Dr. Maslee vs Dato' Hasan

Hasan sepatutnya buat rayuan


Hasan sepatutnya buat rayuan

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sepatutnya kekal dalam Pas sekiranya beliau mahu membawa perubahan kepada parti itu berbanding keadaannya di luar sekarang, namun beliau perlu mengikut tatacara jemaah parti.

Dr Hasan dipecat dari Pas pada 8 Januari lalu ekoran tindakannya disifatkan menyalahi dan merugikan parti berdasarkan Fasal 82(9) Perlembagaan Pas.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik berkata, dakwaan Dr Hasan yang menganggapnya dipengaruhi parasit Pas ekoran surat terbukanya kepada beliau adalah tidak tepat.

Menurutnya, jika surat terbuka itu dipengaruhi parasit, maka parasit itu adalah Ketua Parti Ennahda Tunisia, Dr Rached al-Ghannouchi, cucu Hassan al-Banna dan juga pensyarah di Universiti Oxford, Prof Tariq Ramadan, pemikir dan pejuang isu Palestin di United Kingdom, Dr Azzam Tamimi serta pengasas gerakan Kifayah di Mesir, al-Marhum Dr Abdel Wahab el-Messiri.

“Idea guru saya inilah digunakan untuk menilai dinamisme perubahan wacana Pas sekarang ini di dalam kajian yang saya lontarkan di dalam surat tempoh hari.

“Mengenai dakwaan Dr Hasan mengatakan beliau pro-perubahan di dalam Pas, saya secara peribadi dan orang di luar Pas mengharapkan agar tokoh seperti beliau membuat rayuan dan kekal jika benar-benar ingin membawa perubahan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Rabu lalu, Dr Maszlee dalam surat terbukanya menegur Dr Hasan yang menganggap konsep Negara Berkebajikan Pas menyebabkan parti itu lari daripada perjuangan asal sebagai silap.

Menurutnya, perubahan pada Pas bukanlah kerja parasit sepertimana yang didakwa Dr Hasan, tetapi menyifatkan sebagai satu dinamisme bagi sebuah gerakan Islam yang matang.

“Jikal parasit yang telah menyebabkan perubahan pa­da Pas, maka pastinya kesemua gerakan Islam di Utara Afrika dan Asia Barat, termasuk Ikhwan Muslimin di Mesir dan parti Ennahda juga telah dilanda parasit,” katanya.

Dr Maszlee turut menjelaskan bersedia turun padang bersama Dr Hasan.

Sumber : Sinar Harian
 

GTP rasa Dr. Maszlee perlu bersua muka dan mengadakan dialog santai bersama Dato' Dr. Hasan Ali di dalam isu yang menyebabkan beliau di pecat di dalam PAS.

Perkaranya sudah terang lagi bersuluh.. PAS sudah menjadi parti yang sangat dangkal dan berkepentingan individu. Perjuangan Islam tidak relevan di dalam PAS.

Sudah tidak sesuai pergolakan ini di dalam arena politik zaman yang serba mencabar. Lagi pula perjuangan Dato' Dr. Hasan Ali membidas partinya sendiri kerana kerakusan pro Anwar di dalam PAS yang di panggil parasit itu.  

Sementara perjuangan Dato' Dr. Hasan Ali berlandaskan kepada 3 perkara penting iaitu, ISLAM, SULTAN dan BANGSA MELAYU.

Kenapa Dr. Maszlee sayang sangat dengan Dato' Dr. Hasan Ali? Sekiranya benar beliau ilmuan di dalam sistem intelektual salah sebuah universiti terkenal tanah air, rasanya bagus sangat beliau mengikut rentak Dato' Dr. Hasan Ali dan Dato' Zulkifli Noordin yang masing-masing bekas ahli PAS tegar..

Seperti kata meke semua yeopppp.., parasitus sudah menular di dalam PAS.. dan semuanya angkatan Anwarinus la punya angkara dan punca.

Susah nak faham ker??

1 comment:

  1. Ini adalah masalah ahli akademik. Byk perkara yg berteori perlu ada twitch utk kegunaan atas sebab keadaan sekelilng. Sebab itu lah ramai pelajar susah adapt bila bekerja dalam industri.
    Dalam hal agama pun sedemikian. Bila agama bercampur politik maka akan berlaku pertembungan dalam isu2 kepentingan politik yg konflik dgn agama. Kita tidak bolih kompromi agama utk politik, salah tu. Di sini lah Dr Hassan Ali cuba menerangkan pada Dr Maszlee, yg mungkin tidak dapat merasakan perbedaan ini sebab dia berteori. Implimentasi Islam dari segi dakwah dan kawalan dari murtad adalah dua strategi yg berlainan. Operasinya juga berlainan dari segi praktikal. Banyak lagi yg Dr Maszlee perlu belajar apabila pijak bumi yg nyata dari buku2 yg menjadi bahan rujukan dan memberi syarahan. Sebab itu ramai pendakwah dalam PAS dan PKR tidak faham apa sebenarnya Islam.

    ReplyDelete