Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday 15 February 2012

Peguam Anwar hadapi saman fitnah.. Selesaikan di mahkamah yerrr..

Peguam Anwar dalam kes qazaf hadapi saman fitnah RM10 juta


About KAMAR AINIAH BT KAMARUZAMAN
Name 
KAMAR AINIAH BT KAMARUZAMAN
Date of Admission  
31-03-1984
Qualification 
LINCOLN'S
Firm  
Branch  
Ampang
Firm's Address  
BLOCK E3A-3A, JALAN SELAMAN 1/2
DATARAN PALMA, OFF JALAN AMPANG
AMPANG
Firm's Tel  
03-42702055
Firm's Fax  
03-42702077
Firm's E-mail  

Firm's Website  

Others  

Last Update  
2012-02-15 00:00:04


Kamar Ainiah Kamaruzaman, peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes qazaf, dan firma guamanya, berdepan tuntutan saman fitnah berjumlah RM10 juta yang difailkan oleh Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berhubung kenyataan peguam itu di portal Malaysiakini dan HarakahDaily.


Zainul Rijal yang diwakili Tetuan J.S Pillay & Mohd Haaziq memfailkan writ saman itu dua hari lepas di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan Kamar Ainiah sebagai defendan pertama dan firma guamannya, Tetuan Kamar Ainiah, Razif & Zashidi sebagai defendan kedua.

Pengurusan kes berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Vazeer Alam ditetapkan pada 14 Mac ini, demikian menurut Zainul Rijal dalam satu kenyataan hari ini.

Zainul Rijal mendakwa Kamar Ainiah telah membuat kenyataan fitnah ketika ditemui wartawan di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Ogos tahun lalu untuk memburukkan imejnya sebagai peguam dan ahli perniagaan.

Antara yang dituntut oleh beliau ialah satu perintah supaya penyiaran kata-kata fitnah itu dihentikan serta merta dan penerbitan permohonan maaf di dalam portal Malaysiakini dan Harakahdaily secara berterusan selama seminggu.

Beliau juga menuntut ganti rugi am sebanyak RM10 juta, ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan. - BERNAMA 

Sumber : Berita Harian Online 

GTP nak berkata.. tetapi tak terkata apa bila mengenangkan puak-puak Anwarinaz ni.. Biar lah mahkamah sahaja yang melaksanakan keadilan.

Bung Nuar pun dah kata Sistem Kehakiman Malaysia ini adil. Kita tunggu sahajalah..

2 comments:

  1. pakai tudung bagai macam orang baik. tapi kaki fitnah. lebih baik tak payah jadi peguam. haprak la lu...

    ReplyDelete
  2. kita perlu ambil peringatan. BERFIKIR SEBELUM BERKATA-KATA. itu adalah lebih baik daripada menabik dada.

    ReplyDelete