Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday, 15 February 2012

Maszlee Malek parasit juga ker???

Hasan Ali
Maszlee Malek sudah 'dikuasai' parasit Pas 

Bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menasihatkan golongan akademik lebih terbuka dan bijak agar tidak mudah dipengaruhi golongan parasit dalam Pas.
 
Beliau berkata, sebarang komen dan teguran yang dibuat golongan itu terhadapnya perlulah menyeluruh dan mengambil kira maklumat dan fakta pihak terlibat.
 

“Dr. Maszlee Malek sudah dipengaruhi oleh beberapa parasit di dalam Pas. Sebagai seorang ahli akademik, mesej yang dipapar menerusi surat terbukanya kepada saya (disiarkan Sinar Harian 10 Februari lalau) itu kena menyeluruh dan dapat pandangan dari orang yang terlibat, masalah ini bukan masalah falsafah, teori atau konsepsual tetapi ia adalah masalah operasi.
 
"Beliau tidak tahu saya dihimpit dan ditekan oleh DAP, PKR dan juga Pas semata hendak menegakkan Islam, Melayu dan Raja," katanya ketika ditemui pada siri jelajahnya di Kampung Paya Jaras Dalam kelmarin.
 
Hasan berkata, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu juga perlu mendedahkan hubungannya sebenarnya dengan parasit yang bermaharajalela di dalam Pas.
 
“Saya juga tidak setuju bila dia kata dia berada di pihak yang neutral, kerana saya tahu dia memang ada kaitan dengan parasit-parasit (Pas) ini dan tulisannya bagi saya tidak kena dengan masa,” katanya.
 
Mengenai gesaan Dr Mazlee agar berdakwah di tempat hiburan, Hasan berkata, beliau telah melakukan perkara itu ketika memegang jawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor sebelum ini.
 
“Saya nak tanya kepada Dr Maszlee...dia dah pergi ke mana, jangan duduk dalam bilik komen orang macam-macam, sepatutnya orang berkelulusan seperti beliau tidak melakukan perkara seperti ini,” katanya.
 
Dalam pada itu Hasan juga tidak bersetuju dengan kenyataan pensyarah itu yang mengatakan beliau mahu membawa Pas kembali kepada perjuangan fundamentalis dan ekstremis .
 
“Saya reformis, saya yakin Islam dan yakin sesuatu yang baru di dalam Pas. Idea IMR, menyelamat bangsa, agama, Raja-Raja kerana Raja-Raja Melayu adalah payung kepada Islam dan orang Melayu di negara ini dan kalau pendekatan saya pendekatan lama, orang di Batu Gajah, Perak tidak mungkin hadir 15,000 orang.
 
“Saya ada sedikit keberanian untuk membuka jalan kepada kebangkitan ahli Pas supaya dapat meneroka dan 'menyahkan' parasit-parasit ini agar Pas tidak terus tunduk kepada DAP dan PKR yang sememangnya hina,” katanya.  

Sumber : Sinar Harian
 
GTP nak kata apa lagi.. karenah PAS makin merapu. Berhentilah tu nak berdakwah jika memihak kepada sebelah tangan saja.. 

Dr. Maszlee Malek seharusnya menyelidiki pendekatan dan keberanian Dato' Hasan Ali. Sekiranya nak menyergah, semua orang pun boleh sergah.. Tetapi sekiranya sergah itu tidak membawa fakta.. auta jer lebih.. tu namanya fitnah..

Apa pun.. jadi sahajalah golongan pendidik dan ilmuan yang membantu golongan yang memerlukan ilmu pendidikan. Itu kan lebih baik dan mulia kedudukannya.

Kepada Dato' Hasan Ali,  perjuangan Dato' tidak berlandaskan parti itu memberikan manfaat kepada umat Islam di Malaysia.

Persoalannya di sini ialah  menyelamat bangsa, agama, Raja-Raja kerana Raja-Raja Melayu adalah payung kepada Islam dan orang Melayu di negara ini.

Parasit PAS tak reti-reti lagi nak faham??? Benda mudah jer punnnnn.. Elok bungkus jerlah parti PAS yang makin berkulat ni..

 

1 comment:

  1. Kata-kata dr maszlee tu ada kebenarannya.. cubalah dengar nasihat org. Jgn ego sangat

    ReplyDelete