Kerajaan digesa tubuh suruhanjaya siasat warga asing jadi pengundi
PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) hari ini sepakat mendesak kerajaan
segera menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat pendatang asing,
yang didakwa diberi kewarganegaraan untuk melayakkan mereka mengundi
dalam pilihan raya.
Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak
sepatutnya hanya fokus di Sabah kerana ia melibatkan isu negara.
"Kita ingin tahu segera tentang kesahihan status orang yang layak dan yang tidak layak mengundi sebelum pilihan raya umum nanti ," katanya pada sidang media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, di ibu pejabat PKR, di sini, tadi.
"Kita ingin tahu segera tentang kesahihan status orang yang layak dan yang tidak layak mengundi sebelum pilihan raya umum nanti ," katanya pada sidang media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, di ibu pejabat PKR, di sini, tadi.
Sebelum ini, PR mendedahkan bahawa wujud satu sindiket, yang dinamakan
“Projek IC”, didakwa memperdayakan warga asing di Sabah untuk membayar
sejumlah wang tertentu untuk mendapatkan kad pengenalan dengan syarat
mengundi Barisan Nasional (BN).
Anwar berkata, adalah tidak munasabah kerajaan menjadikan isu ini
sebagai satu agenda politik sempit untuk memenuhi tuntutan yang
terbatas, terutama membabitkan warga asing di negara ini.
Laporan media kelmarin menyebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak dijangka membuat pengumuman mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja
mengenai pendatang tanpa izin di Sabah ketika lawatannya ke sini minggu
ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili
berkata, mesyuarat Kabinet terkini telah membincangkan perincian
mengenai cadangan suruhanjaya itu.
"Memang tidak mustahil beliau akan buat pengumuman itu jika anda semua bertanya kepada beliau mengenainya," katanya.
Pada November lalu, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mencadangkan
agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat "Project IC".
Projek IC didakwa dijalankan sekitar tahun 1980-an dan 1990-an.
Sumber : Sinar Harian
GTP kata, senang betul jadi pembangkang nih. Apa hal pun boleh bangkang. Hal anak beranak mak tiri nenek tok cow pun boleh di buat usul bangkangan.
Bukan main lagi kalau mencungkil hal-hal UMNO/BN nih.. sampai ke lubang 'punggung'.. hal yang melibatkan depa boleh pula kata sudah cukup bukti dan maklumat... "Isu pasir tu lahhh.. isu mana lagiii.."
Awat.. cheq takut dan kalut dah koooo.. PRU13 dah nak hampir nihhhh.. Apa pun tak bolehhhhh..
Bawak bertenang yerrrr.. PRU 13 BN/UMNO akan menang lebih dari 2/3 kerusi Parlimen dan kerusi ADUN yer Dik Non..
Jangan marah abang Nuar.. (Hak tuuuiiiiiiiiiii.. geli nak nyebut nama tu.. Wekkk.. wekkk.. wekkk..)
SUDAH TIADA KREDIBILITI...GONE. HABIS, KAPUT. SEMUA SAMA, SATU KELUARGA HABIS KREDIBILITI.
ReplyDelete1980-an dan 1990-an? time 2 bkn dia still ada lg dlm kerajaan ke?
ReplyDelete