Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan
kesediaan Pas untuk melantik Timbalan Presiden daripada kalangan bukan
Islam sebagai 'langkah terbaik'.
Sehubungan itu beliau menyindir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang sepatutnya dilantik menjadi Presiden Pas.
“Dulu Pas kata kita kafir, sekarang mereka nak terima orang bukan Islam sebagai pemimpinnya.
“Dulu Pas kata kita kerjasama dengan kafir. Setakat mana pemimpin bukan
Islam dalam Pas? Sepatutnya, Lim Kit Siang menjadi Presiden Pas kerana
beliau rakyat Malaysia yang mengutamakan Islam,” katanya pada sidang
media selepas menerima kunjungan rombongan Majlis Bekas Wakil Rakyat
Malaysia (Mubarak) di Yayasan Kepimpinan Perdana.
Beliau yang juga bekas Presiden Umno menegaskan, sekarang pemimpin
bukan Islam belajar mengenai agama Islam antaranya boleh memberikan
syarahan dengan menggunakan ayat al-Quran.
Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad
menyatakan Pas bersedia menerima seorang Timbalan Presiden daripada
kalangan bukan Islam sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan
seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.
Dzulkefly berkata, dalam Islam terdapat dua perkara iaitu perkara tetap
dan perkara yang boleh berubah. Contoh perkara yang boleh berubah ialah
perkara politik.
Ditanya mengenai kenyataan Dzulkefly, perpecahan Melayu memberikan hikmah, Mahathir menegaskan perpecahan baik untuk Pas.
“Saya sokong, Pas mesti berpecah. Sudah cukup Melayu berpecah, kita pecah semua parti.
“Pas patut berpecah lagi,” katanya.
“Pas patut berpecah lagi,” katanya.
Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, perpecahan
undi di kalangan Melayu dilihat sebagai satu kebaikan dan hikmah malah
mampu menjadikan rakyat di negara ini matang dalam membuat pemilihan
terbaik pada pilihan raya umum.
Menurutnya, sebelum ini, rata- rata pemimpin politik dan penganalisis
mendakwa orang Melayu sudah berpecah kepada tiga kumpulan sejak selepas
pilihan raya umum 2008.
No comments:
Post a Comment