Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday 1 March 2012

Kenyataan AJK Kerja PAS Pusat berunsur Israel


Ketua Dewan Pemuda PAS (DPPP), Nasruddin Hassan menolak cadangan 'Timbalan Presiden PAS' dari kalangan bukan Islam kerana ia bertentangan dengan syarak yang melarang pelantikan bukan Islam dalam kepemimpinan Jemaah Islam.

Beliau berkata, walaupun menolak pelantikan orang bukan Islam untuk jawatan dalam kepemimpinan tertinggi parti itu, namun tidak bermakna DPPP menentang segala bentuk pakatan atau kerjasama dengan orang bukan Islam.
 
Beliau mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yang menyatakan parti itu sedia menerima seorang timbalan presiden dari kalangan bukan Islam sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.
 
Dzulkefly menjelaskan dalam Islam ada dua perkara iaitu perkara tetap dan perkara yang boleh berubah iaitu politik.

 Tidak usahlah kita membuka kepemimpinan jemaah kepada orang bukan Islam kerana ia bercanggah dengan syariat Islam, sebaliknya kita mengeratkan kerjasama dan pakatan dengan mereka dalam mewujudkan amalan politik dan pemerintahan yang bersih dan adil untuk semua rakyat Malaysia,” katanya dalam laman sosial peribadinya di sini, semalam.   

 

Sumber : Tolak syor bukan Islam jadi pemimpin No 2


Apalah nasib labu labi dalam PAS nih? Amat kasihan bila mendapati pertuturan tidak selari dengan akal pandai mereka.

Di dalam PAS sekarang sudah seperti terkena badi lidah bercabang yang mula dipolopori dari Parti Keadilan.

Tidak sangka pula GTP, pakar pikir PAS boleh berpandangan sebegini untuk mengaburi rakyat terhadap parti mereka.

 Dr Dzul kata boleh, Nasa kata tak boleh.

Apa pun bagi GTP, pandangan Dr. Dzul ni tak ubah seperti Anwar bila bercakap pasal Palestin.

Apa bezanya memperjuangkan nasib Palestin, dalam masa yang sama menyokong Israel oleh Anwar Ibrahim?

dan

Apa bezanya memulihkan imej PAS tetapi dalam masa yang sama membawa kafir dalam jemaah?

Seperti kata Nabil (Raja Lawak), Lu Piki Lah Sendiri..

No comments:

Post a Comment