Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, pandangan
Tengku Adnan itu dianggap skeptikal dan berbeza dengan pendirian Ketua
Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang menganggap debat tidak boleh
dijadikan satu budaya.
“Saya menghormati pendirian Adnan dan saya menganggap itu bukan kenyataan yang saja-saja dibuat.
“Saya harap beliau dapat memulakan usaha ini dengan menemukan dua
pemimpin hebat iaitu (Perdana Menteri dan Presiden Umno) Datuk Seri
Najib (Tun Razak) dan (Ketua Umum PR) Datuk Seri Anwar (Ibrahim) untuk
berdebat. Saya bersedia berbincang dengannya,” katanya kepada pemberita
di Ibu Pejabat PKR.
Dalam kenyataan itu, beliau menyifatkan perbahasan antara Presiden MCA,
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
sebagai "sihat".
"Kami terbuka (untuk menyertai) jika terdapat mana-mana (cabaran)," katanya.
Mahfuz mahu debat dengan Hisham, tertangguh 12 tahun
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar bersikap
terbuka untuk berdebat dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein, yang telah tertangguh sejak 12 tahun lalu.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pokok Sena ini berkata beliau menyerahkan kepada Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno, untuk menentukan tajuknya.
“Mungkin pada waktu itu dilihat kurang sesuai untuk berdebat. Tetapi
era itu telah dimulakan dengan debat antara Ketua Pembangkang bersama
Datuk Ahmad Shabery Cheek, dan baru-baru ini antara (Setiausaha Agung
DAP) Lim Guan Eng dan (Presiden MCA) Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Perkasa cabar Guan Eng debat siapa rasis
Demam pelawaan agar diadakan debat susulan pertemuan DAP
dan MCA kelmarin, berterusan dengan hari ini Datuk Ibrahim Ali mencabar
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agar berdebat dengannya untuk
menjawab tuduhan bahawa Perkasa pimpinannya sebuah pertubuhan hura-hara
selain menjawab siapa rasis sebenarnya.
"Sudah sampai masa saya nak ajar Lim Guan Eng ini... saya nak berdebat
dengan dia nak tanya siapa yang lebih rasis, siapa yang lebih hura-hara,
DAP atau Perkasa?
"Masa debat itu nanti, saya nak dia bentangkan fakta dia dan saya akan
membentangkan fakta saya yang boleh menjawab siapa DAP ini sejak
(peristiwa) 13 Mei dulu, saya ada semua bukti dan rekod mereka," kata
beliau selepas majlis pertemuan Perkasa dengan bekas Perdana Menteri Tun
Dr Mahathir Mohamad di sini, hari ini.
Beliau menambah, Perkasa juga akan mengambil tindakan undang-undang ke
atas Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, ekoran kenyataannya
bahawa Perkasa satu pertubuhan hura-hara ketika perdebatan bersama
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kelmarin.
Ibrahim berkata, Dr Mahathir memberi nasihat berkenaan arah tuju kepada
Perkasa dari segi metodologi perjuangan orang Melayu masa kini,
terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"
Suka saya nyatakan Perkasa tidak akan sertai kuasa ketiga, kami mahu
berdiri sebagai wira berwibawa dan menjadi mata telinga demi kepentingan
orang Melayu, Islam dan kedudukan raja-raja.
"Perkasa mahu pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti sekurang-kurangnya dua
pertiga kerusi adalah milik kerajaan sekarang," katanya lagi.
Beliau berkata, Perkasa tidak mahu undi berpecah dan berterabur dan
oleh itu, kerajaan perlu memperoleh semula kerusi dua pertiga supaya
mudah mengubah peruntukan undang-undang jika perlu kelak.
GTP cuma mau beri pandangan dari sudut di mana perpecahan rakyat Malaysia hari ini bukan berpunca dari ketidakbolehan untuk bersatu padu dan mengekalkan perpaduan, tetapi masyarakat Malaysia terlalu lama di dedahkan dengan golongan berkepentingan pribadi. Yang letihnya tu, golongan yang dilihat cerdik pandai pun, sedang di dungukan dan seolah-olah tidak pernah berlaku langsung perbuatan laknat pemimpin umumnya.
Apa yang GTP lihat hari ini ialah, jika pembangunan dan kemajuan itu datangnya dari sebelah pihak dan sebelah pihak lagi mahu menyalahkan pentadbiran dan guna kuasa kerajaan sedia ada hari ini, tak perlu lah berdebat. Itu maknanya mencari salah.
Tak perlah, kita tolak tepi dulu salah laku dan perbuatan dosa besar ketua umum tu. Anak dia si Nurul Izzah tu.. apa dia buat kat Parlimen Pantai Dalam?? Malaysia bagi gaji untuk mencari salah kerajaan ker???
Melainkan kerajaan Pakatan Haram membuktikan berjaya membawa pembangunan di dalam pentadbirannya. Sekiranya nak ambil contoh, Selangor dan Penang dah tentulah tak masuk akal. Pakatan Haram di beri pinjam merasa jadi kerajaan. PRU-13, Kerajaan Barisan Nasional ambil semula.
Kita ambil jerlah contoh negeri Kelantan yang dikatakan serambi Mekah tu. Sekiranya mereka pemimpin berwibawa, buktikan hujah tersebut.
GTP rasa baik tak payah nak debat-debat. Belum berdebat pun, kita tak nampak apa usaha kebaikan Pakatan Haram melainkan akan memaki hamun dan berkata kerajaan tak betul itu dan ini. Tak kan sebagai kerajaan matang nak berdebat dengan menyalahkan 'kenapa suka mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.'
Terlalu ramai pengikut-pengikut Pakatan Haram yang terdiri dari golongan ikut-ikutan terpedaya.
Barisan Nasional Kerajaan Terbaik yang diperakui dunia. Tu yang ada NGO barat bersekongkol nak jatuhkan Kerajaan kita.
Jangan harap!!!
No comments:
Post a Comment