Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Senator Ezam Mohd Nor berkata, Datuk
Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas alasan boleh mengundang “bahaya.”
Sehubungan itu kata Ezam, Anwar akan menggunakan pentas debat demi kepentingan dan akan merosakkan negara.
"Orang macam Anwar ini akan mengundang bahaya. Dia tak layak debat dengan Najib. Contoh, apa
yang Anwar dah buat ialah kononnya pada 16 September akan mentadbir
negara, tapi dia tipu. Sama juga macam isu Israel. Ini kes khianat,"
kata beliau kepada Sinar Harian Online selepas berucap pada majlis perhimpunan Waris Malaya di sini, semalam.
Beberapa pihak mencadangkan satu debat diadakan antara Najib dan Anwar ekoran debat disertai Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kelmarin.
Selain itu, Ezam berkata, secara umumnya, debat merupakan satu perkara
yang bagus tetapi perlu berhati-hati kerana ia boleh digunakan untuk
tujuan yang tidak baik.
Jelasnya lagi, elemen khianat dalam berdebat juga boleh tercetus berdasarkan situasi politik negara.
"Debat akan berguna jika kita tampilkan orang-orang yang
bertanggungjawab. Kalau macam Anwar ini, tak payah la. Debat ini sama
seperti benda lain. Ia boleh diadakan dan tidak boleh diadakan.
Bergantung pada faktor," katanya.
Sumber : Ezam: Debat Anwar-Najib tak perlu
GTP pun memang tak bersetuju dengan debat ini. Debat untuk apa?? PAKATAN HARAM tak ada bukti pun atau perkara yang hendak diperkatakan lagi mengenai isu-isu pembangunan yang di bawa oleh Kerajaan Persekutuan.
Apa pembangunan yang di bawa oleh era Anwar Ibrahim sebagai ketua umum di dalam pembangkang?? Rakyat terlalai dengan isu liwat dan isu china doll adalah. Nak ajak berdebat di dalam situasi hari ini akan merugikan negara.
GTP yakin dengan kepimpinan berdasarkan konsep wasatiyyah yang sedang di amalkan Perdana Menteri hari ini.
Lebih baik menumpukan tugas kepada halatuju negara di masa akan datang.
Buku jinggay hanya retorik semata-mata. GTP setuju juga dengan tindakan Ketua Penerangan UMNO/BN Malaysia, Dato' Ahmad Maslan.
No comments:
Post a Comment