Debat PM, Anwar hanya buang masa - Dr. M
Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak sebarang
keperluan untuk mengadakan sesi perdebatan antara Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, perdebatan itu hanya membuang masa
dan tidak mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat negara ini.
"Tiada faedah debat dengan Anwar kerana kita tahu pendiriannya dan
dia seperti sesumpah yang boleh bertukar warna pada bila-bila masa saja.
"Apabila dia bersama kaum Cina dia akan menjadi segala-galanya,
apabila bersama kaum India, dia akan menjadi seperti orang India dan
apabila bersama orang Islam, dia akan bercakap mengenai Islam.
"Apa yang dia dan pengikutnya mahu ialah menjadikan Anwar sebagai
Perdana Menteri, jadi saya berpendapat tiada guna dan tak ada faedah
(berdebat)," katanya.
Beliau mengulas desakan pembangkang yang mahu Najib berdebat dengan
Anwar seperti Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berdebat dengan
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Sabtu lalu.
Dalam pada itu, ditanya debat antara MCA-DAP itu, katanya, rakyat
Malaysia belum bersedia untuk berdebat kerana masih diselubungi sentimen
prejudis pada pemikiran masing-masing berbanding rasional sesuatu isu.
"Debat bolehlah seronok orang tengok, tetapi kesan tidak ada. Kalau
lakukan tiada kesan ia hanya memburukkan lagi keadaan kerana
masing-masing berpegang pada pendirian masing-masing.
"Rakyat Malaysia tidak matang seperti rakyat Amerika. Tetapi di
Amerika sekali pun, apabila debat diadakan pada pemilihan Presiden ia
hanya menunjukkan kebodohan calon itu," katanya.
"Agak menyedihkan dalam negara yang bercakap mengenai kebebasan
bersuara dan liberal, tetapi kita tidak boleh cakap langsung mengenai
kita sendiri sebab rasis," katanya.
Ditanya kepentingan perbincangan di kalangan orang Melayu setelah
berpecah kepada tiga parti, katanya, perkara tersebut sukar
direalisasikan kerana ia akan dituduh sebagai rasis.
"Ada sesetengah kata pasal Islam mungkin tidak rasis tapi tidak boleh cakap satu subjek iaitu Melayu," katanya.
Salam semua aku cadangkan Anuar ini berdebat lah dengan Umi Haflida , Datuk Zul , Sdr Ezam Mohd Noor , bila dia dapat beat semua bekas bekas ''OTAI'' dia , bahru lah boleh counter dengan Najib , amcam bro Anuar setuju ta? tempat nya ...mungkin kat Washington kalau najib kata tu ta adil , boleh buat kat Ankara kalau tu ta adil juga apa kata buat kat TEL AVIV
ReplyDelete