Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday 21 February 2012

Kenapa Dato' Seri Najib bukan Saiful Bukhari Azlan??

   
Anwar patut debat dengan Saiful, bukan Najib

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menolak cadangan agar diadakan debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak ada apa yang perlu untuk didebatkan.

Sebaliknya, Tengku Adnan menawarkan diri untuk mengaturkan satu debat dengan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail  telah meminta Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), untuk merintis jalan bagi mengadakan perbahasan antara Perdana Menteri dengan Anwar.
 
Pendirian itu dibuat susulan debat bersejarah antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Bercakap kepada portal Umno Online, Tengku Adnan berkata, Pakatan Rakyat sengaja mewujudkan provokasi berdasarkan kepada perbahasan yang diadakan sebelum ini selain cuba untuk mempolitikkan usaha kerajaan dan kemudian membuat fitnah ke atas para pemimpin BN.

“Saya tidak nampak sebarang keperluan untuk debat diadakan antara Datuk Seri Najib dan Anwar, tetapi sekiranya Anwar mahu berdebat saya boleh mengaturkan untuk beliau berbahas dengan bekas pembantunya sendiri iaitu Mohd Saiful,” katanya.

Kata beliau lagi, “Apa yang mahu didebatkan antara Perdana Menteri dengan Anwar kerana pembangkang hanya akan menjadikan ia sebagai medan politik semata-mata dan bukannya membincangkan apa yang patut dibicarakan kerana pakatan pembangkang sendiri tidak mempunyai tujuan atau sebab munasabah sehingga debat perlu diwujudkan."

Malah menurut beliau, debat antara  Soi Lek dan Guan Eng diadakan untuk membincangkan permasalahan dalam masyarakat Cina di negara ini.

“DAP menuduh MCA dengan pelbagai tuduhan termasuklah kononnya MCA ‘dicucuk hidung’ oleh Umno dan tidak dapat bersuara dalam BN apatah lagi untuk memainkan peranan kepada masyarakat Cina sedangkan realitinya tidak sedemikian dan debat tersebut telah dapat menerangkan kepada masyarakat Cina sendiri tentang perjuangan MCA.

“Berkaitan masyarakat Melayu pula tidak ada apa yang mahu didebatkan kerana kita mempunyai Umno yang sentiasa menjaga kepentingan dan hak bangsa Melayu dengan terus memastikan agama Islam ditegakkan," katanya sambila menambah, "ini telah dibuktikan sejak daripada Umno ditubuhkan, berjuang untuk kemerdekaan dan kemudiannya membawa kemajuan kepada masayarakat keseluruhan."

Jelas beliau lagi, berdasarkan kepada perbahasan antara MCA dan DAP juga dapat dilihat bagaimana sandiwara pembangkang yang gemar mempolitikkan isu tertentu dan menyimpang daripada landasan perbincangan.

 Sumber : UMNO Online

GTP kata, semakin panas debat pendapat nih.. ehemmmm...., memang patut pun Anwar berdebat dengan Saiful Bukhari Azlan bagi membersihkan nama hanyirnya tu.

Benarlah kata Tun Dr M. Bila manusia dah macam sesumpah, cakap apa pun tak betul.. tu pun nasiblah ada yang percaya autanya.

Selain berdebat dengan Saiful Bukhari Azlan, mungkin AI boleh berdebat dengan Ummi Hafilda, Ezam, Dato' Zulkifli Noordin atau mungkin boleh berdebat dengan Trio 'T'.. 

Apa dalilnya yang perlu debat ini berlangsung?? GTP puas dah ketawa  baca cerita debat-debat nih.. 


No comments:

Post a Comment