Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Saturday 7 January 2012

Ramai pulak nak jadi PM ek?? Layan lahh.. huhu

alt
Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali bengang habis pada Datuk Dr Hasan Ali yang kondem penganjuran Perhimpunan 901 serta anggap Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak jadi Perdana Menteri kerana ada masalah peribadi.

Orang paling kanan Anwar itu tidak dapat menyembunyikan rasa marahnya ketika diminta mengulas kenyataan Exco Kerajaan Negeri Selangor itu Khamis semasa ditanya mengenainya dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR petang Jumaat.

"Hasan Ali jangan celupar.Kalau dia tak nak sertai perhimpunan 901,tak payah pergi.Tak payah bising-bising,"katanya.

Azmin menegaskan beliau akan cadangkan kepada PAS Pusat supaya teliti tindakan sewajarnya dikenakan keatas Dr Hasan kerana membuat kenyataan itu.

"Apakah dia (Dr Hasan) seorang yang benar-benar bermoral dan orang lain tidak ?,"katanya lagi.


Lagi pecah tembelang...nampak sangat PKR nak kudakan PAS dalam Perhimpunan 901

Patutlah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali layan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman sikit punya baik ketika sidang media Selasa lalu untuk mengumumkan Perhimpunan 901 di depan Kompleks Mahkamah Jalan Duta jalan terus.

Dr Rani pula yang diberi peluang bercakap seru semua ahli PAS Selangor sertai perhimpunan tersebut kononnya itu hak mereka untuk menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada tarikh berkenaan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.

Namun, tembelang PKR mahu perkuda PAS pecah juga bila Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Hasan Ali, pada Khamis jelaskan belum ada mana-mana arahan atasan parti seumpama itu, kecuali oleh pesuruhjaya PAS Selangor sahaja. 

"Saya telah semak sebelum ke sidang media ini, ( setakat ini) tidak terdapat arahan oleh mana-mana pesuruhjaya PAS negeri lain yang mengeluarkan arahan seumpama itu. Tiada juga arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin atasan supaya hadir.Oleh itu, saya tidak akan hadir," katanya.

Dr Hasan berpendapat arahan Dr Rani yang menggantikan jawatan beliau itu, adalah pendapat peribadi Dr Rani bukannya PAS Selangor ataupun Dewan Harian PAS negeri .
Menurut Exco Kerajaan Negeri Selangor itu, ramai pimpinan PAS Selangor tidak tahu arahan Dr Rani.

Ketika sidang media di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), di Shah Alam, beliau menyifatkan PAS Selangor pro aktif tetapi atas sebab yang salah.

“Ketua Penerangan (Saari Sungib) pro aktif (merujuk kes beliau yang dikatakan tidak cukup pencalonan untuk PRU ke 13 baru-baru ini), Pesuruhjaya juga pro aktif. Malah, mereka membelakangi atau mendahului pimpinan Pusat (dengan arahan tersebut),” ujar Dr Hasan.

Malah, lebih sinis katanya, Dr Rani melarang ahli PAS menghadiri Himpunan Sejuta Umat Di Shah Alam baru-baru ini yang berjuang untuk mencegah murtad.

“Ini bertentangan apatah lagi ianya untuk membela sesaorang sahaja,” katanya.

Selain tidak akan hadir, Dr Hasan menasihatkan golongan belia terutama mahasiswa dan pelajar khususnya yang sedang menghadapi peperiksaan dalam tempoh ini supaya tidak menghadiri perhimpunan itu.

"Tumpukan perhatian pada pelajaran dan masa depan anda. Saya difahamkan kebanyakan universiti seperti Universiti Malaya, Universiti Industri Selangor, Universiti Teknologi Mara, Universiti Pertanian Malaysia sedang mengadakan peperiksaan dalam tempoh ini.

"Saya kasihan terhadap Anwar tetapi beliau  tidak seharusnya menjadikan masalah peribadinya sebagai isu negara dan mengheret orang lain bersama. Pelajar sekolah menengah juga harus kekal di sekolah-sekolah dan tidak menjejaskan pelajaran mereka," katanya.

Dr Hasan berkata semua pihak termasuk pemimpin yang terlibat harus memikirkan sedalam-dalamnya perkara itu kerana ia memberikan kesan bukan sahaja kepada negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Katanya, perbicaraan itu telah berlangsung lebih tiga tahun dan Anwar telah diberikan ruang dan peluang yang sepatutnya oleh mahkamah termasuk lebih 60 kali penangguhan.
Beliau turut khuatir negara akan mengamalkan sistem anarki apabila menyokong sesaorang sahaja tambahan pula individu itu ada masalah peribadi.

Ketika diminta mengulas kenyataan, Azmin, bahawa Anwar akan tetap menjadi Perdana Menteri ke 7,  walau apapun yang berlaku sekiranya pakatan pembangkang memerintah, Dr Hasan berkata sesiapa yang mahu jadi pemimpin kepada 28 juta rakyat di negara ini haruslah orang yang bermoral, tahu mengutamakan yang benar dan salah, ada  track record  baik dan keluarga mesti bagus.

Bagi ADUN Gombak Setia itu, pada beliau dua calon yang layak adalah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. -Justeru, katanya atas sebab itu, baginya orang yang paling layak memimpin negara ini dan yang terbaik sepanjang pengetahuannya adalah Nik Aziz.

“Yang paling cantik untuk pimpin Malaysia ini, saya nak namakan orang itu, bagi saya beliau adalah Datuk Nik Aziz.

“Kalau umur jadi halangan, Datuk Seri Hadi Awang pada saya," katanya.

Hasan juga menemplak mereka yang mempertikaikan mengapa pemimpin kanan PAS itu tidak boleh menjadi perdana menteri.

“Apa Hadi awang tak boleh? Adakah kerana dia tak dididik di England, di Oxford atau Cambridge tidak boleh jadi PM.

“Adakah kerana beliau pakai jubah atau serban dia tak boleh jadi PM?" soalnya pula.

Hasan berkata, kedua-dua pemimpin itu mempunyai cara hidup, latar keluarga dan rekod prestasi serta pengalaman mereka berurusan dengan rakyat yang cemerlang.

“Tengok kehidupan, keluarganya, pengalaman mengurusnya, pengalaman tadbir manusianya saya rasa kalau saya ada cadangan atau ada kuasa kemukakan cadangan itu saya cadang dua orang inilah yang saya akan paparkan sebagai pemimpin yang boleh didaikan PM Malaysia," katanya lagi.

Pada sidang media itu, Dr Hasan juga berkata, JAIS akan memanggil pemimpin PKR Dr Badrul Amin yang berceramah baru-baru ini dengan cuba menyamakan Anwar seolah-olah Imam Mahdi untuk mendapat penjelasan lanjut.

“Saya kenal Badrul Amin sejak 20 tahun lalu tetapi Badrul Amin sekarang sikit lain.  Bagi saya, dia keterlaluan dengan ceramahnya itu dan patut tarik balik untuk bersihkan namanya,” ujar Dr Hasan.

Menurutnya, beliau sudah menyemak hadis mengenai apa dituturkan Badrul Amin itu jelas merujuk kepada Imam Mahadi.


No comments:

Post a Comment