Bukan
cerita baru tetapi inilah hakikatnya dengan pembangkang yang akan
cetuskan macam-macam cerita dan kontroversi apabila program kerajaan
beri kesan besar kepada rakyat negara ini.
Mereka akan ‘spin’ dan buat macam-macam tuduhan serta fitnah yang kadangkala penat juga pihak kerajaan hendak jelaskan kepada rakyat.
Terbaru, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan
Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) daripada sumber kekuatan ekonomi
dalaman negara bukannya pinjaman Bank Dunia.
Beliau menegaskan, pembangkang beri gambaran negatif tentang
pemberian RM500 kepada keluarga berpendapatan kurang RM3,000 kononnya
kerajaan terpaksa pinjam dari bank tersebut.
“Sebagai Menteri Kewangan, tuduhan itu tidak benar. Itu satu dakwaan dan pembohongan terbaru pembangkang,” katanya.
Menurut Najib, kali terakhir negara mendapatkan pinjaman Bank Dunia ada 1998 sebanyak 400 juta dollar.
“Selepas itu, kita tak pinjam lagi sebab kita ada kekuatan ekonomi
dalaman untuk beri RM500. Jangan cakap kalau tak ada bukti,” tegas
beliau ketika berucap di pelancaran Komuniti 1Malaysia di hadapan
kira-kira 10,000 rakyat pelbagai lapisan di Padang Jalan Kantan, Bukit
Sentosa, Jumaat.
Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri
Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan , Datuk Seri Dr.s Rais Yatim,
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil.
Tegas Najib, “ Kita tidak gentar. Kita tidak takut kerana kita
berdiri atas kebenaran. Bukan seperti mereka yang selalu berdusta,
berbohong dan menyebarkan fitnah..."
Dalam pada itu, beliau berkata kekuatan ekonomi dalaman negara terus
menunjukkan peningkatan dan antara petunjuknya ialah peningkatan kutipan
hasil negara sebanyak RM22 bilion pada tahun 2011 berbanding 2010.
Najib yang juga Pengerusi BN Selangor, turut menempelak kerajaan PKR
Selangor kerana menolak permohonan status tanah bagi melaksanakan projek
perumahan generasi kedua FELDA seperti mana yang pernah dijanjikan pada
Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor 2009.
Menurutnya, beliau turun ke daerah Hulu Selangor untuk memastikan
janji-janji tersebut dilaksanakan tetapi hanya projek berkenaan tidak
dapat dilaksanakan.
“Kerajaan Selangor main politik dan nafikan hak rakyat. Justeru itu
tidak ada cara lain kecuali rakyat melakukan perubahan pada pilihan raya
umum akan datang,”.
“Apabila ada kerajaan yang khianati rakyat kita akan tentang.
Sepatutnya kerajaan Selangor tidak halang projek yang beri kebaikan
kepada rakyat,” ujarnya.
Mengenai PRU-13 Najib berkata, sama ada tekaan Julai atau April,
beliau belum mendapat ilham tetapi apabila tiba masanya rakyat perlu
memilih Barisan Nasional (BN) demi masa depan mereka
No comments:
Post a Comment