Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday, 5 January 2012

2012 : Memo sana sini.. Kelakuannya macam tu juga


KOTA BHARU – Hampir 500 orang bersama Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) dan beberapa NGO berhimpun dalam satu perhimpunan aman  di perkarangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) disini.

Perhimpunan aman itu bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri yang dipimpin oleh  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan bagi mendesak  supaya mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menangani masalah bekalan air  di negeri tersebut.


Kira-kira 3.25  petang,  memorandum tersebut berjaya diserahkan menerusi wakil kerajaan negeri yang juga merangkap Pegawai Khas kepada Menteri Besar Kelantan,  Hj Zawawi Mohamad tanpa sebarang insiden buruk yang berlaku.

Dalam satu sidang penerangan, Naib Presiden MTRK Kadir Yaakob, menjelaskan bahawa masalah bekalan air bersih ini sudah menjadi satu isu yang serius setelah kerajaan negeri gagal menanganinya walau sudah lebih 20 tahun mentadbir negeri itu.

Tambahnya lagi, Rakyat Kelantan sepatutnya peka akan hal tersebut, dimana punca daripada bekalan air yang dibekalkan oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) telah disahkan oleh jabatan berkaitan yang ianya telah  mengakibatkan hampir 95 peratus kanak-kanak di Kelantan mengalami masalah kerosakan gigi atau juga gigi yang mudah reput selain menjejaskan kesihatan rakyat kerana mengandungi logam berat dan juga E – Coli.

Pada masa  sama pihak MTRK mengingatkan  kerajaan negeri  dengan memberi 2 bulan masa untuk menyelesaikan masalah air dan beberapa masalah yang telah dibangkitkan

No comments:

Post a Comment