Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday 9 January 2012

Kebenaranku di akhirat

Antara beberapa terbitan di bawah ;

KUALA LUMPUR: 09 Jan – Pengadu dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan redha dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang mendapati Ketua Pembangkang itu tidak bersalah terhadap dakwaan tersebut.

Mohd Saiful, 26, dalam akaun Twitter miliknya, berkata beliau akan terus tenang, berdoa dan sabar menerima keputusan yang dibuat Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

“Tidak di dunia, namun di Masyar PASTI. Redha dgn ketentuanNya. Akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar. Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi,” demikian entri akaun Twitternya.

Mohd Saiful tidak hadir semasa mahkamah membuat keputusan itu.

Semasa melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu, Mohamad Zabidin berkata tiada bukti yang menyokong keterangan Mohd Saiful, dan mahkamah tidak boleh bergantung semata-mata kepada keterangan tersebut bagi mensabitkan Anwar.

Anwar, 64, dituduh meliwat Mohd Saiful yang juga bekas pembantunya di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini, antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008. – BERNAMA


Anwar Masih Belum Bebas. Adakah Saiful Akan Ke Mahkamah Rayuan. "Penjara Tetap Penjara"


Oleh: HHalem.
"Penjara Tetap Penjara"
1- Sumber dari KLPos ada menyatakan bahawa Saiful masih belum membuat keputusan samada untuk membawa kes hari ini ke Mahkamah Rayuan atau tidak. Ini adalah kerana Saiful masih mempunyai 10 hari untuk berbuat demikian.
“Peguam Cara Negera II, Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden memaklumkan, pengendalian untuk sebarang rayuan bagi kes yang melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditentukan mengikut tempoh yang ditetapkan iaitu 10 hari selepas keputusan” 
– KLPos
Anwar masih lagi tidak boleh bersedap diri kerana penentuan 10 hari sedang bermula mulai hari ini.

Nota : Anwar cuma bebas atas sebab teknikal, tetapi dia tidak bebas dari kebenaran bahawa dia melakukan perkara liwat itu.
Logik akalnya lagi, tak kan lah Anwar melakukan liwatnya itu di hadapan Zizah.

Apa pun kemenangan cuma di dunia. GTP menyokong Saiful Bukhari

2 comments:

  1. logik akal juga klu dah suka sama suka knapa x babitkan saiful jga ????? sbb nya perkara ni dirancang utk apa ya ??? klu org biasa sapa nak beri umpan tu ?? sapa peduli suspek nak taji punggong sapa2 ker ???

    ReplyDelete
  2. apa dahhh.. saiful yang membuat pertuduhan.. kes dibicarakan.. umpannya anwar sendiri yang minta.. bukti meliwat tu dari saiful.. biasalah.. mahkamah umno.. tu yg anwar leh lepas ek?? haha

    ReplyDelete