Pergerakan Puteri UMNO hairan dengan sikap penyokong-penyokong Anwar Ibrahim dan Anwar sendiri kerana begitu meraikan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini sedangkan kumpulan yang sama juga pada satu ketika dulu mencerca dan menghina mahkamah sebagai tidak boleh dipercayai, korup dan sarat dengan konspirasi.
Malah tindakan penyokong Anwar melancarkan Kempen Bebaskan Anwar 901 dan berhimpun beramai-ramai di perkarangan mahkamah hari ini telah membuktikan keraguan mereka terhadap sistem kehakiman di negara ini.
Tetapi apabila Anwar dibebaskan, mereka bersorak, bertakbir sedangkan keputusan mahkamah itu sendiri bersifat teknikal dan tidak ada menyatakan perbuatan liwat tidak dilakukan oleh Anwar.
Justeru, Pergerakan Puteri UMNO amat yakin Anwar dan para penyokongnya akan menjadikan keputusan mahkamah hari ini sebagai senjata untuk memperlekehkan pelbagai pihak termasuk kerajaan dan menghuru-harakan negara tidak lain tidak bukan demi mencapai hasrat rakus mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Paling penting, Anwar dan para penyokongnya tidak akan memuji sistem kehakiman di negara ini apatah lagi jika kes tersebut ke peringkat rayuan di mana beban bukti untuk menidakkan berlakunya kes liwat itu masih diperlukan.
Pergerakan Puteri UMNO amat berharap rakyat memahami asas keputusan Mahkamah Tinggi hari ini dan tidak terpengaruh dengan keghairahan penyokong-penyokong Anwar yang sekelip mata bertukar pendirian 360 darjah.
Keputusan hari ini juga membuktikan ketelusan kehakiman tidak seperti yang diragui penyokong Anwar selama ini. Badan perundangan negara mencatatkan `kemenangan’ besar dalam kes Anwar hari ini apabila undang-undang menjadi sandaran kepada keputusan untuk membebaskan Anwar disebabkan masalah teknikal dan bukannya kerana beliau didapati tidak meliwat Saiful Bahari.
Pergerakan Puteri UMNO tertanya-tanya apakah nasib Saiful Bahari selepas ini dan berharap Peguam Negara akan membawa kes tersebut ke peringkat rayuan demi memastikan keadilan benar-benar berada pada tempatnya.
Pembebasan Anwar juga kelak akan membolehkan proses pilihan raya selepas ini diadakan dengan lancar dan bersih kerana segala ramalan Ketua Pembangkang dan penyokongnya kononnya beliau akan dipenjarakan dan akan menjadi Perdana Menteri di dalam penjara ternyata tidak benar sama sekali.
Sumber : Facebook Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
No comments:
Post a Comment