Antara beberapa terbitan di bawah ;
KUALA LUMPUR: 09 Jan – Pengadu dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri
Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan redha dengan keputusan
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang mendapati Ketua Pembangkang
itu tidak bersalah terhadap dakwaan tersebut.
Mohd Saiful, 26, dalam akaun Twitter miliknya, berkata beliau akan
terus tenang, berdoa dan sabar menerima keputusan yang dibuat Hakim
Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
“Tidak di dunia, namun di Masyar PASTI. Redha dgn ketentuanNya. Akan
terus tenang, doa, istiqamah dan sabar. Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka
Mathlubi,” demikian entri akaun Twitternya.
Mohd Saiful tidak hadir semasa mahkamah membuat keputusan itu.
Semasa melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu, Mohamad
Zabidin berkata tiada bukti yang menyokong keterangan Mohd Saiful, dan
mahkamah tidak boleh bergantung semata-mata kepada keterangan tersebut
bagi mensabitkan Anwar.
Anwar, 64, dituduh meliwat Mohd Saiful yang juga bekas pembantunya di
Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini, antara 3.10
petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008. – BERNAMA
Anwar Masih Belum Bebas. Adakah Saiful Akan Ke Mahkamah Rayuan. "Penjara Tetap Penjara"
Oleh: HHalem.
"Penjara Tetap Penjara"
1-
Sumber dari KLPos ada menyatakan bahawa Saiful masih belum membuat
keputusan samada untuk membawa kes hari ini ke Mahkamah Rayuan atau
tidak. Ini adalah kerana Saiful masih mempunyai 10 hari untuk berbuat
demikian.
“Peguam
Cara Negera II, Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden memaklumkan,
pengendalian untuk sebarang rayuan bagi kes yang melibatkan Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditentukan mengikut tempoh
yang ditetapkan iaitu 10 hari selepas keputusan”
– KLPos
Anwar masih lagi tidak boleh bersedap diri kerana penentuan 10 hari sedang bermula mulai hari ini.
Nota : Anwar cuma bebas atas sebab teknikal, tetapi dia tidak bebas dari kebenaran bahawa dia melakukan perkara liwat itu.
Logik akalnya lagi, tak kan lah Anwar melakukan liwatnya itu di hadapan Zizah.
Apa pun kemenangan cuma di dunia. GTP menyokong Saiful Bukhari
logik akal juga klu dah suka sama suka knapa x babitkan saiful jga ????? sbb nya perkara ni dirancang utk apa ya ??? klu org biasa sapa nak beri umpan tu ?? sapa peduli suspek nak taji punggong sapa2 ker ???
ReplyDeleteapa dahhh.. saiful yang membuat pertuduhan.. kes dibicarakan.. umpannya anwar sendiri yang minta.. bukti meliwat tu dari saiful.. biasalah.. mahkamah umno.. tu yg anwar leh lepas ek?? haha
ReplyDelete