Puteri Perlu Terus Kekal Dalam Keadaan Menyerang Pembangkang
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian
Setiawangsa, Seriwani Sabtu berkata setiap ahli Puteri harus bersedia
dan melupakan segala sengketa dalaman kerana agenda utama dan paling
penting yang menanti kini adalah Pilihan Raya Umum (PRU) 13.
Katanya, Puteri harus menfokuskan kepada matlamat dan sasaran kepada
generasi wanita muda agar mereka menyokong Barisan Nasional (BN) dan
UMNO.
Oleh itu jelas beliau setiap program yang direncanakan mestilah
bermatlamatkan perjuangan UMNO dan mengikut prinsip Pergerakan Puteri.
“Bagi mencapai apa yang telah direncanakan, ahli Puteri juga harus
berlapang dada dan terus menyokong sesiapa sahaja yang akan dicalonkan
kelak tanpa ada sebarang persoalan. Ini kerana, matlamat utama
perjuangan Puteri adalah membantu parti memenangi PRU 13 dengan majoriti
yang lebih besar. Gunakan segala medium yang ada di samping
memperkukuhkan lagi semua medium lain bagi melancarkan setiap agenda
membantu parti.
“Janganlah kita memikirkan mengenai calon kerana itu bukan tugas
kita. Setiap calon yang dilantik kelak adalah calon yang berkelayakan
dan memenuhi kreateria sebagai seorang calon yang boleh menang. Oleh
itu, walau siapapun calonnya, kita wajib memberikan sokongan penuh demi
parti yang tercinta,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Selain itu jelasnya, Puteri tidak akan lagi bersifat bertahan kerana
sekarang bukan masa untuk berdiam diri. sebaliknya pergerakan itu akan
memulakan serangan dan terus menyerang.
“Dasar ucapan Presiden Parti juga telah menjelaskan, kita bukan
sahaja memerlukan ahli UMNO tetapi kita memerlukan orang UMNO. Oleh itu
kita perlu menanamkan di dalam diri bahawa sebagai orang UMNO, kita
harus ada sikap nilai-nilai murni, setia dan taat kepada parti kerana
agama, bangsa dan negara.
“Oleh itu, sebagai orang UMNO, kita harus menyerang segala tohmahan
pembangkang dan menggempur setiap rakyat bagi menjelaskan bahawa UMNO
adalah parti yang paling layak untuk disandarkan harapan demi nasib
orang Melayu dan kaum-kaum lain.
“Serapkan roh perjuangan agar kita tidak lagi terpesong dan terus
bergerak dalam kumpulan yang besar dalam bersiap sedia untuk berhadapan
dengan peperangan besar yang sedia menanti iaitu PRU 13,” ujarnya
Seriwani. -MediaUMNO
No comments:
Post a Comment