Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Saturday 3 December 2011

Puteri janji sokong calon boleh menang: Rosnah


KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri berjanji akan menyokong sepenuhnya "winnable candidate" (calon boleh menang) yang dipilih Presiden UMNO sekali gus memperkasakan fungsi sayap itu bagi memastikan kemenangan cemerlang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). 

 Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata pergerakan itu perlu bertindak pantas dengan mendekati dan mendampingi generasi muda sejajar dengan amanat yang dilaungkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak. "Puteri juga akan memanfaatkan sepenuhnya media baru sebagai senjata. Jika kalah pada pilihan raya bukan sekadar kita hilang majoriti tetapi mengiyakan perjuangan nenek moyang kita dipijak.

"Puteri sedar akan tanggungjawab yang diberikan kepada kami sangat besar tetapi akan terus menabur khidmat dan meneraju parti mendekati rakyat. Kami sedia berubah dan sedia diubah," katanya ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.

No comments:

Post a Comment