Orang muda mesti diberi peluang untuk buktikan kemampuan: Puteri
KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri meminta pucuk pimpinan tertinggi UMNO
supaya memberi ruang dan kepercayaan yang lebih kepada golongan muda
untuk dipertimbangkan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.
Wakilnya, Wan Salwati Abdullah, berkata generasi muda mesti mendapat peluang secukupnya untuk membuktikan kebolehan mereka kerana sekiranya diketepikan tentu sekali bakat golongan berkenaan tidak akan berdepan ujian.

"Sikap berpuak-puak, cantas mencantas perlu dihentikan manakala sikap
keterbukaan yang bukan dibuat-buat perlu wujud dan ditonjolkan ini
kerana jika ditanya kepada generasi muda yang ada di dalam dewan ini
sudah pasti akan bersetuju dengan kenyataan saya tadi, bahawasanya kami
dari golongan muda kadang kala tidak diberi ruang atau diberi
kepercayaan dan jika laju sikit melangkah, pancung awal-awal," katanya
ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung
UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sebentar tadi.
Sehubungan itu, beliau berkata, janganlah membiarkan UMNO menjadi seperti rumah yang reput dan rapuh.
"Oleh itu, peremajaan, penjenamaan dan jangan lupa mempromosi UMNO semula perlulah dibuat secara total.
"Inilah teori Puteri 2P 1M (Peremajaan, penjenamaan dan mempromosi).
"Peremajaan dan penjenamaan semula UMNO amat penting dan perlu dibuat dari semua peringkat serta dipromosikan kepada generasi muda kerana generasi muda adalah antara oksigen bagi UMNO meneruskan kehidupan yang penuh mencabar ini.
"Idea dan pandangan dari generasi muda perlu diambil kira dan diketengahkan.
"Untuk memenangi hati generasi muda, UMNO perlu menyusun langkah yang lebih tersusun dan berkesan. Setiap program hendaklah berdasarkan citarasa generasi muda supaya mereka bersama dan menyertai kita," katanya.
Selain itu, Wan Salwati berkata, pemikiran yang kalut, kuno atau cepat melatah perlu dihapuskan di kalangan orang UMNO.
Beliau turut mendapat perhatian perwakilan kerana menyelitkan bait-bait pantun:
Berkilau sungguh batu permata
Permata bersinar semangat membara
Permata parti srikandi negara
Winnable candidate jadi taruhan
PRU 13 bukan mainan
Puteri bukan sekadar tempelan
Hujahan Puteri jangan diperlekehkan
PRU 13 bukan mainan
Winnable candidate jadi sebutan
Puteri sedia menerima arahan
Bukan hanya mengejar jawatan
PRU 12 bagai tsunami
PRU 13 sedia dinanti
Rampas kembali matlamat kami
Itulah perjuangan Puteri sejati.
Takkan berundur terus mara
Itulah tekad kami semua
Demi agama, bangsa dan negara
Pada Allah dipohon jua

No comments:
Post a Comment