Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Friday, 2 December 2011

Puteri Sedia Hadapi Strategi Pembangkang



JALAN CHE SU – Pembangkang kini telah ketandusan isu sehingga sanggup menyerang pimpinan kerajaan Barisan Nasion (BN) dengan pelbagai umpat dan keji. Ketua Puteri UMNO Kota Bharu, Maznah Yacob berkata, tindakan bodoh pembangkang itu jelas menunjukkan parti itu kini sedang berada dalam kebimbangan dengan ketelusan BN.

Katanya, mereka (pembangkang) merasa kedudukannya tergugat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang untuk berhadapan dengan BN. “Apa tidaknya, BN mengota setiap janji-janjinya berbanding pembangkang yang hanya tahu berjanji tetapi janji tinggal janji sehingga rakyat menjadi muak.

 

“Sehingga bantuan duit RM100 yang telah diagihkan kepada semua pelajar juga tidak ketinggalan menjadi bahan fitnah pembangkang,” katanya. Tambahnya, pembangkang mula sedar akan ancaman daripada keberkesanan progam yang disusun secara terancang oleh UMNO – BN seperti jalinan kasih rakyat berupaya melumpuhkan kekuatan pembangkang.

 

Beliau berkata, pelbagai struktur yang direncana dalam memperkasakan kestabilan dan kesejahteraan rakyat membuatkan rakyat semakin faham sikap kebertanggungjawaban kerajaan BN. Pun begitu katanya, puteri harus bersedia berhadapan dengan strategi pembangkang dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.


No comments:

Post a Comment