Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday, 8 December 2011

Pakat-pakatlah serba salah..

Parti KITA Buat Pakatan Serba Salah

Kita_logo
Datuk Zaid Ibrahim secara terbuka menyatakan sokongan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) pimpinannya kepada pakatan haram pembangkang yang mana turut dianggotai PKR – bekas parti Zaid Ibrahim.  Persoalannya sekarang ialah bagaimana seorang yang digambarkan sebagai ‘pengkhianat’ dalam PKR ini akan diterima oleh PKR ke dalam Pakatan haram pimpinannya


Dosa Zaid meninggalkan PKR tidaklah terlalu besar – dia hanya mengutuk dan mengecam Anwar kerana campur tangan dalam soal pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR tahun sudah yang menyaksikan Zaid menerima undian antara terendah dan seterusnya menarik diri dari persaingan Timbalan Presiden, sebelum persaingan tersebut tamat sekalipun.


Zaid juga ‘berdosa’ kerana engkar dengan arahan Anwar untuk tidak bertanding jawatan tersebut dan seterusnya memberikan laluan mudah kepada Azmin.  Zaid terlalu percaya yang PKR itu adalah parti sebenar yang memperjuangkan demokrasi, sebab itu Zaid gagal melihat arahan tersebut dari sudut ‘kasih sayang’ Anwar kepada Azmin.  Zaid fikir kalau dia boleh jadi calon PKR di Hulu Selangor dalam masa singkat, kenapa tidak jawatan Timbalan Presiden?


Akhirnya seperti yang kita semua maklum, pesaing Zaid merangkap ‘orang dapur’ Anwar, Azmin Ali, menang jawatan tersebut dengan jumlah undi yang besar.  Besar dalam erti kata kurang 10% daripada jumlah ahli parti tersebut yang dikatakan seramai beratus ribu orang.


Dalam masa yang sama, kedua PAS dan DAP tidak ada masalah dengan Zaid.  DAP terutamanya, diketahui sangat senang dengan Zaid dan memberikan 110% sokongan kepada Zaid dalam hal pencalonannya di Parlimen Hulu Selangor – yang menyaksikan Zaid tewas tapi menguasai undi dikawasan cina.


Latar belakang Zaid sebagai peguam juga menambah kepada rasa senang itu.  Kalau tidak kerana impian menggunung Zaid untuk menjadi Presiden kepada sebuah parti, nescaya DAP tidak mempunyai masalah untuk mencipta satu jawatan penting dalam parti tersebut untuk diberikan kepada Zaid, secara lantikan tentunya.


PAS, walaupun dilihat agak condong kepada Anwar tapi jasa Zaid melenyapkan Parti Keadilan Islam Malaysia (AKIM) yang sering membayangi PAS sebagai parti ulung Islam di Kelantan, adalah suatu jasa yang tidak terbayar nilainya.  KITA seperti yang diketahui ramai tidak menumpukan kepada Islam sebaliknya lebih kepada pergerakkan liberalisme seperti mana liberalnya Zaid juga yang sering dikaitakan dengan Jack Daniel dan Chivas.


Tapi bila bercakap tentang Pakatan haram pembangkang ini, mahu tidak mahu kata dan keputusan Anwar mesti diambil kira kerana jika bukan kerananya, tidak mungkin kerajaan campuran pakatan haram ini boleh ditubuhkan di Perak dan Selangor dulu.  Pakatan Rakyat itu sendiri tidak akan wujud jika bukan kerana Anwar.


Anwar secara peribadi mungkin tidak ada masalah tapi mahukan orang dapur Anwar, Azmin, memaafkan dan melupakan persengkataannya dengan Zaid?  Kata putus Azmin dalam hal ini penting, tanpanya, Anwar silap-silap boleh tersungkur.


Orang putih kata, forget and forgive.


Anwar boleh berhadapan dengan mana-mana pemimpin hebat BN yang lain di dunia ini.  

Tapi dengan Azmin, Anwar lemah sikit.  Inilah kelemahan terbesar Anwar dan juga kekuatannya dalam masa yang sama.  PKR hampir terbelah dua pun sebab Azmin tidak mempedulikan apa yang lain untuk menduduki jawatan nombor dua parti pun, kasih sayang Anwar kepada Azmin berkurang tiada.


Dalam dunia ni tidak ada yang mahu berkongsi ‘ladang tiga segi’ miliknya dengan orang lain, melainkan Azmin.  Itu yang buat Anwar kalah tu.


Permulaan, Angkatan Budak-Budak Keadilan (AMK) telah diarah menyatakan tentangan kepada penyertaan parti KITA disini.  Walhal kalau nak diikutkan logik biasa, kenapa pulak bermasalah untuk KITA menyertai Pakatan haram pembangkang, bukannya KITA bertanding dalam pilihanraya pun – sekurang-kurangnya bukan secara langsung.


KITA boleh saja bertanding atas tiket-tiket parti sedia ada.  Mana-mana pemimpin yang kelat dengan Islam ala-ala PAS boleh bertanding atas tiket PAS dan yang kuat pegangan liberalnya boleh bertanding atas tiket DAP dan PKR.  Lagipun sebagai bekas penyelaras Pakatan Rakyat, Zaid tahu bahawa Pakatan itu tidak didaftarkan dan sesiapapun boleh menyertai pakatan tersebut pada bila-bila masa.


Untung Zaid tidak mendaftarkan nama Pakatan Rakyat sebagai miliknya, jika tidak, kacau juga Pakatan nak mengubah strategi di saat-saat akhir.

No comments:

Post a Comment