Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday 8 December 2011

Untung dia nih masih bebas buat road show fitnah... kah kah kah


KETAQ, LEMBIK LUTUT...ITU SEMUA FITNAH - CHEGU BARD!

Pelik benar melihat reaksi yang ditunjukkan oleh Chegu Bard apabila sahabat Blogger, PAPAGOMO membayangkan videonya akan dikeluarkan. Secara tiba-tiba dan secara panjang lebar, dia cuba memberikan penjelasan bagaimana dia 'TIDAK BERSALAH' dan semuanya adalah semata-mata FITNAH. (DI SINI)

Apa agaknya yang terkandung di dalam video yang diuar-uarkan oleh Papagomo sehingga menyebabkan Chegu Bard memberi reaksi pantas dan begitu terperinci?

Melihat kepada reaksi yang ditunjukkannya dan butiran yang diberikannya, Chegu Bard cuba memberikan alasan kewajaran responsnya ketika menonton video seks membabitkan Anwar Ibrahim dan China Doll. Kata Chegu Bard, dia hanya 'BERLAKON' dan mahu menimbulkan rasa percaya kepada Eskay agar menyerahkan kepadanya salinan video tersebut untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah.

Mengapa alasan BERLAKON yang diberikan? Ia seperti alasan seorang kanak-kanak yang terkencing malam di atas tilam dengan menyatakan, itu bukan air kencing, sebaliknya peluh!

Reaksi Chegu Bard dalam tulisannya itu menjelaskan sesuatu. Tolak ke tepilah lambungan FITNAH yang sudah sebati dengan mulutnya. Dia sendiri menjuarai FITNAH dan FITNAH PEMBUNUHAN ALTANTUYA yang dia sendiri tidak memiliki sebarang bukti dan fakta, kekal menjadi hujah-hujahnya setiap kali berceramah.

Reaksi kalut yang ditunjukkannya membuktikan omongan tentang responsnya bukan kosong dan bukan karut. Hanya setelah sekian lama, dan setelah memikirkan alasan yang dirasakan terbaik, barulah Chegu Bard mampu menulisnya walhal reaksi spontan yang dipertontonkan sewaktu kali pertama dia melihat, sudah cukup untuk menceritakan apa sebenar yang ada dalam lipatan hatinya.

Orang yang paling kuat melompat dan mengatakan orang lain melakukan fitnah, orang itulah sebenarnya yang terlalu kuat menfitnah. Itu adalah lumrah... perhatikan sahajalah bagaimana Anwar Ibrahim menggerakkan seluruh jentera penerangan partinya untuk melabelkan perbuatannya sendiri sebagai fitnah UMNO dan Barisan Nasional.

Dan Chegu Bard juga nampaknya terpaksa menggunakan kaedah yang sama... bezanya, reaksi yang diberikan terlalu ketara sebagai DIBUAT-BUAT!!!

The Flying Kick

No comments:

Post a Comment