Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday 1 December 2011

LISA SURIHANI MOHAMAED MASUK PUTERI BUKAN NAK BERTANDING DENGAN WARDINA ATAU BOB TETAPI KERANA AGAMA DAN BANGSA


KUALA LUMPUR 30 Nov.— Puteri UMNO hari ini mengiktiraf pelakon wanita popular tanah air Lisa Surihani Mohamed, 25, dengan anugerah Artis Wanita Muda Cemerlang sebagai menghargai kejayaan beliau dalam bidang seni lakonan.
Anugerah disampaikan oleh Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin selepas menyampaikan ucapan dasar pada perhimpunan agung pergerakan itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Ketika ditemui pemberita selepas menerima anugerah itu, Lisa Surihani berkata, anugerah itu secara tidak langsung memberi semangat kepada beliau untuk terus mengorak langkah dan bekerja keras dalam bidang yang diceburinya.
"Anugerah ini sangat memberi semangat positif kepada saya serta kepada kaum hawa terutamanya kepada mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang seni.

"Saya harap golongan muda yang ingin menceburkan diri dalam bidang ini agar tidak sekali-kali meninggalkan pelajaran mereka,” katanya.

Turut menerima anugerah pada majlis itu ialah Johan Tilawah Peringkat Antarabangsa, Suraya Abu Hassan, Penerima Biasiswa Nasional 2010, Nur Izzati Zainal Nazri, penerima Pingat Emas Sukan Sea 2011 (Akuatik), Katrina Ann Abd. Hadi dan Pengasas dan Usahawan Jambu 88 Harlina Hamid. 

No comments:

Post a Comment