Persidangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia kali ini sesuatu yang sangat penting dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum yang ke-13.
Pilihan raya umum ke-13 ini di lihat pastinya di nanti-nantikan oleh permata hati UMNO kerana ianya merupakan peperangan hakikat bagi menentukan survival bangsa Melayu di masa akan datang.
Kesiapsiaga dan bara semangat ketika semboyan telah dipalu, perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia kali ini di lihat bergelora dijiwanya untuk memastikan kemenangan BN sebagai 'Juara Rakyat.'
Kesiapsiagaan ini bukan sahaja di lihat dari keseluruhan perwakilan kali ini, perasaan ini juga di lihat pada setiap peringkat jawatan kuasa, Naib Ketua dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.
Mungkin kah kewujudan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang sudah menjagkau satu dekad lebih ini telah memberikan pendidikan wadah perjuangan generasi wanita muda terhadap parti keramat UMNO?
Para pembahas usul kali ini dilihat lantang, pedas dan penuh informasi bersuara di kala merasai bahawa UMNO lah satu-satunya parti yang membela dan memartabatkan bangsa Melayu.
Ucapan Penangguhan Datuk Rosnah Shirlin di akhir persidangan di tutupi ucapan doa kepada Ilahi bagi memberkati segala 'Wadah, Wasilah dan Hikmah' perjuangan Puteri.
Seluruh jiwa raga para perwakilan diserapi dengan roh perjuangan apabila doa yang di baca itu di aminkan oleh perwakilan dan pemerhati yang ada di Dewan Merdeka, PWTC.
Mari kita sama-sama sentiasa mendoakan perjuangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia di medan peperangan PRU13 yang bakal tiba.
Berikut merupakan doa yang di baca oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Shirlin Abdul Rashid Shirlin:
"YA ALLAH, hati-hati ini memohon kepadaMU, engkau tegarkan hati kami setegar hati isteri Yaser. Sumaiyah yang berani menegakkan hak dan menentang kebatilan."
"Engkau suburkanlah keikhlasan hati kami seperti Rabiatul Adawiyah, yang menolak tawaran kemewahan dunia kerana percaya habuan besar menanti di syurga."
"Engkau pasakkan jiwa-jiwa kami dengan keberanian Masyitah, penyisir rambut anak Firaun, yang tidak takut dengan sebarang ancaman kerana kecintaan kepada plerjuangan."
Dan engkau yakinkan langkah kami segagah langkah Tun Fatimah yang rla menggadai nyawa demi mempertahankan maruah.
"YA ALLAH YA MUJIBBUL SYAIDIN,"
"Andai angin rahmat bertiup dari barat, maka KAU dekatkan hati Puteri dengan rakyat. Satukan jiwa kami bersama berkat."
"Andai angin rahmatMU bertiup dari timur, berkati pemerintahan UMNO dan BN, supaya bumi Malaysia kekal makmur."
"Andai angin rahmatmu dari utara, biarkan semangat kami terus membara untuk mara mempertahankan bangsa."
"Dan andai angin rahmatMU bertiup dari arah selatan, Engkau pagarkan hati-hati ini dari sifat-sifat syaitan, budaya fitnah mengfitnah, budaya caci mencaci dan gadaikan agama demi kepentingan peribadi dan parti."
"YA ALLAH sesungguhnya hidup kami, mati kami dan perjuangan kami hanya untukMU, hanya untuk agamaMU dan meneruskan syiar RasulMU."
"Selamat berjuang berlandaskan wadah, wasilah dan hikmah."
HIDUP PUTERI! HIDUP UMNO! HIDUP UMNO! HIDUP BN!!!
Amin, amin, ya Rabbil Alamin.
No comments:
Post a Comment