Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Saturday 17 December 2011

Kami juga kaum pribumi Nik Aziz oi..

Apakah nasib mereka di bawah PAS Kelantan?
Pembalakan Dekat Penempatan Orang Asli Di Gua Musang Punca Air Berselut

GUA MUSANG: Beratus-ratus penduduk Orang Asli di Pos Tohoi dekat sini membantah perbuatan pengusaha balak menceroboh satu kawasan tadahan menyebabkan air dari situ untuk keperluan mereka dan juga murid-murid Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi menjadi keruh dan berselut.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli Pos Tohoi, Zainal Chali, berkata kejadian pencemaran air tadahan bukit itu disebabkan pembalak membina jalan untuk laluan ke hutan berhampiran bagi mengambil balak.

"Penduduk telah membuat bantahan namun pembalak masih berdegil," katanya kepada Bernama di sini Jumaat. Beliau berkata guru-guru yang tinggal di kuarters sekolah terbabit juga terpaksa menggunakan air tadahan bukit yang kotor dan berselut itu.

Zainal berkata kawasan tadahan air bukit, yang menjadi keperluan penduduk kampung berkenaan yang terletak tidak jauh dari situ, hampir turut dicerobohi dengan aktiviti pembalakan.

Namun, katanya, penduduk berkumpul beramai-ramai menghalang pembalak memasuki kawasan terbabit walaupun kebanyakan kayu balak sudah ditanda cat merah untuk ditebang.

"Kita halang kawasan itu tetapi pembalak terbabit menceroboh kawasan tadahan air bukit milik sekolah pula yang kini sukar dikawal lagi," katanya.

Seorang penduduk, Harun Angah, 56, berkata setiap kampung Orang Asli sejak kebelakangan ini menjadi mangsa aktiviti pembalakan dan pembukaan ladang, sama ada Ladang Rakyat atau oleh syarikat swasta.

"Kita bimbang akan berdepan dengan banyak masalah jika ada syarikat terus membuka tanah berhampiran penempatan Orang Asli," katanya. - BERNAMA

*Pembangkang selalu mengaku mereka pejuang hak orang asli. Malah istilah orang Asli telah ditukar menjadi orang Asal sebagai tujuan propanganda. Realitinya, orang Asli teruk ditindas oleh pakatan pembangkang.

No comments:

Post a Comment