Chegu Bard bermimpi jadi MB Negeri Sembilan
Ni lah orangnya yang beriya-iya menyokong Adam Adli yang pengecut tu
Bertambah kuat penyakit Chegu Bard. Lebih kurang sama dengan penyakit Anwar Ibrahim, gila kuasa.
Malam ini Chegu Bard dah sebuk berangan angan nak jadi Menteri Besar Negeri Sembilan jika PR berjaya merampas Negeri Sembilan.
Dalam satu program ceramah yang diadakan di Taman Angsa Mas dengan
dihadiri tak lebih dari 120 orang malam tadi Chegu Bard dibuai mimpi
dengan memberi tahu orang hadirin kononnya dialah yang akan menjadi
menteri besar jika PR menang dalam PRU13 nanti.
Ketika Tsunami melanda politik tanah air dan ramai pemimpin PR yang
menang dalam pilihanraya umum yang kedua belas itu Chegu Bard kecundang
dan tersungkur tewas kepada Khairy Jamaluddin.
Tak malu ke Chegu Bard ini yang suka mencari publisiti murahan
menjelang PRU13 ini apabila namanya pasti tidak disenaraikan oleh PKR.
Dalam ceramah Chegu Bard , seperti biasa dan mengulangi perkara yang
sama , usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan Negeri yang banyak
membantu rakyat dan usaha kebajikan yang dibuat oleh kerajaan tidak akan
di sebut cuma fitnah fitnah ditabur agar rakyat membenci kerajaan.
Turut hadir dalam ceramah malam tadi ialah Bob Lokman yang baru
merasakan dirinya masuk Islam, Kolonel Bersara Rosli dari DAP , Fauzi
Abd Rahman dan Bob Mokhtar.
Seperti biasa pemimpin PKR Negeri Sembilan tidak akan hadir pada
program Chegu Bard, Bob Lokman seperti biasa akan bercerita bahawa dia
kini seorang Islam bagaikan bertaraf wali dan hidup dalam kerajaan yang
tidak Islam.
Jam 9 malam, keadaan tapak ceramah yang masih lengang dan ceramah terpaksa di tangguh seketika.
Bard (bulat merah) kelihatan gelisah menanti kehadiran yang masih tidak ramai.
Akhirnya, majlis terpaksa juga di mulakan walaupun ketika itu kehadiran tak sampai 30 orang pun.
Sumber : N9kini.net
No comments:
Post a Comment