PKR serang UPSI , tindakan Adam Adli turunkan bendera Najib tak salah !
KEADILAN menyelar
tindakan dan tekanan yang dilakukan pentadbiran Universiti Perguruan Sultan
Idris (UPSI) terhadap mahasiswanya, Adam Adli yang mencetuskan kontroversi
kerana menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.
Ia berikutan surat dikeluarkan pihak universiti itu yang mendakwa Adam di bawah dua pertuduhan iaitu merosakkan nama universiti dan memberi ancaman kepada ketenteraman awam.
“Kedua-dua pertuduhan adalah tidak berasas, tidak berperlembagaan, tidak sah dan jelas tidak masuk akal. Dalam tindakan Adam menurunkan bendera Perdana Menteri, beliau hanya menjalankan haknya dalam kebebasan bersuara dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan,” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
Menurutnya, Adam tidak melakukan kesalahan undang-undang malah harus dipuji kerana mempunyai pendirian yang berani untuk memperjuangkan autonomi di institusi pengajian tinggi.
“UPSI tidak mempunyai hak untuk menghalang Adam daripada menjalankan hak-hak sivil beliau sebagai warganegara,”
“Tindakan Adam merupakan bantahan yang sah dan demokratik terhadap kegagalan Najib bagi memastikan pelajar mendapat kebebasan akademik dengan memansuhkan AUKU,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
“Justeru, kami menyeru kepada UPSI dengan serta-merta menggugurkan semua tindakan disiplin yang dikenakan terhadap Adam serta menuntut Najib melakukan pembaharuan besar agar mahasiswa dapat mepertahankan kebebasan akademik di dalam negara,” katanya.
Adam menerima surat panggilan ke jawatan kuasa disiplin dari UPSI hari ini, gara-gara menurunkan bendera Najib di Ibu Pejabat Umno pada 17 Disember lalu.Beliau dipanggil untuk hadir ke pendengaran jawatankuasa universiti tersebut 19 Januari depan.

GTP
PAKATAN HARAM ni kalau di layan memang mereng. Ada ker tahap pemikiran mereka serupa ini?? Tidak pintar tahap cipan betullah.
Sudah terang lagi bersuluh..
Agaknya Institusi kehakiman mahupun Dewan Bahasa dan Pustaka perlu membuat sesuatu ketetapan dan peradapan berkaitan dengan tingkah laku dan adab.
Biarpun perlakuan tidak termaktub dalam hukum dan undang-undang sebuah negara yang bertamadun, tak kan lah tak faham soal budi bahasa dan adab sopan.
Jangan bermain dengan api. Nanti merana diri..
Kami ahli UMNO dan Barisan Nasional ada tahap kesabaran. Jika tak mahu mengaku Perdana Menteri jagalah tata susila tu.
Apa ada pada gelaran Mahasiswa sekiranya perangai macam 'beruk mak ye'..
Kami pernah menjadi pelajar juga. Tapi kami tidak di lahirkan sebagai biadap!!!
Kami masih ada akal untuk berbincang dengan ruang yang telus dan lurus kerana kami yakin, setiap pemimpin punya keistimewaannya sendiri.
PAKATAN HARAM dan ADAM ADLI jangan bikin onar!!!
Anwar Ibrahim, sejarah dan bukti telah menyatakan anda pengkhianat. Jangan cabar kami.
Kami juga Melayu yang sejuta lebih kali sayang terhadap negara yang kami cintai.
Amboi, marah semacam je ni
ReplyDeletedtg bulan ke apa
Baiklah, sila jawab soalan saya
Dalam buku undang2 manakan yang ada disebutkan bahawa menurukan bendera adalah satu kesalahan yang mengancam keselamatan negara dan wajar dikenakan tindakan?
Walhal kenyataan mengugut ketua pemuda cawangan PJ itulah yang sebenarnya salah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang
Saya rasa saya tau kenapa perkara ni berlaku di UPSI. Ada seorang pensyarah, yg pernah menjadi kaki buat kacau semasa beliau di Universiti dulu. Dia ni ketua persatuan Islam dan aktif dalam ABIM juga. Beliau pernah menjadi pensyarah di UIA. Hati2 mamat ni yang talam dua muka.
ReplyDeleteBukankah sudah nyata Adam ni alat PKR/PR bukan pejuang mahasiswa.Bila kena tindakan cari lg alasan dan salahkan semua org yg tak sehaluan dgn cara dia. Kalau betul2 berani dan seorng pejuang tulin, hadapilah semua kesan dari tindakan awak tu. Jgn banyak songel!
ReplyDeleteKita tidak cakap pasal datang bulan.. bulan tiap2 bulan ada.. dalam parti sendiri pun ada bulan.. tetapi salah guna bulan pula.. renung2kanlah sendiri..
ReplyDeleteKita persoalkan pasal adab!!! adab dan biadap??? Apa maksud kedua2nya?? Adakah sama atau berbeza maksud..
Undang2 negara itu adalah sesuatu yang tertulis.. tetapi undang2 akal.. tidak perluas di dalam medium bercetak. Tetapi semua orang pun faham apa itu adab dan biadap!!!
Soalnya ialah, jangan biadap seperti orang tiada maruah!!!
Apa puak pakatan haram ni mahu menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara republik??? Tidak ada raja, perdana menteri digantikan dengan presiden.. malah presiden pula boleh di wariskan kepada suku sakat.. tidak menjaga kepentingan beragama..
Adam Adli semamangnya kurang ajar dan PENGECUT!!!
Kalau anak jantan.. tampil ke depan atas nama MAHASISWA dan tidak di dokong oleh SMM yang sememangnya kumpulan haram tidak berdaftar. Chegu Bardut sendiri lintang pukang dengan mesej perjuangan!!
Aku punya prinsip.. selagi Malaysia di bawah payung agama Islam, ada institusi beraja dan pemilihan pemimpin dari Pilihanraya yang adil, sikap seperti yang diwariskan Adam Adli dari Anwar Ibrahim harus di tentang.
Melayu kaum bermaruah!!!! Jangan hilang akal wahai puak PAKATAN HARAM!!!
ADAM ADLI, PENGKHIANAT TETAP PENGKHIANAT!!!