Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday, 30 November 2011

Puteri sudah diasap dengan semangat dan diseru dengan azimat - Dato' Rosnah


Ucapan bersemangat Ketua Puteri UMNO Dato' Rosnah pagi tadi telah membakar semangat ahli ahli Puteri untuk bangun dan terus  mempertahankan parti pada PRU13 yang akan datang.


Dalam ucapan YB Dato' Rosnah, Ketua Puteri UMNO Malaysia,  beliau dengan sinis nya menyindir ahli UMNO yang mempunyai perasaan hasad dengki dan budaya bodek membodek . Beliau juga memberitahu umum bahawa  Puteri UMNO bukanlah lagi anak kecil atau budak hingusan yang boleh di perkotak katik sesuka hati. Rosnah memberi amaran kepada pembangkang dan siapa juga bahawa Puteri UMNO akan bangun membaham seperti harimau yang garang. Puteri UMNO juga tidak perlu budaya mengipas dan membodek.

Beliau juga tidak mahu Puteri UMNO mudah mengalah dan berserah menjadi seperti Mahsuri kerana Puteri UMNO sekarang mampu untuk bangun mempertahankan hak mereka.Mereka bukan lagi anak anak hingusan dalam UMNO. Pengalana  telah banyak mengajar mereka untuk menjadi dewasa.

Berikut adalah petikan ucapan dasar Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin sempena Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.

katanya " Kalau masih ada yang mahu dikipas dan mengipas, yang dengki dan iri hati, yang dendam tak bertepi, yang cemburu membuta tuli, sama-sama kita bilang pada mereka, UMNO bukan parti mereka. Perjuangan UMNO suci, yang kotor hanya tangan-tangan mereka. Perjuangan UMNO bersih, yang tercemar hanya politik murahan mereka. Tiada lagi gunting dalam lipatan, tiada lagi musuh dalam selimut, tiada lagi lidah bercabang dua dan tiada lagi kepalanya ular, ekornya belut kerana kita bukan Pakatan Rakyat, satu bahtera tiga nakhoda.

"Sudah-sudahlah kita menjadi seperti Mahsuri, bila difitnah dia mengalah dan duduk mengharap simpati menyebelah. Cukup-cukuplah kita bersimpati dengan watak Si Bawang Putih. Apabila difitnah, dicaci, dihina hanya tunduk dan mengiyakan maruahnya dipijak-pijak. Hari ini, semangat Puteri harus mengalir sepekat darah Tun Fatimah. Yang bangun berjuang kerana prinsip, tajam lidah bersuara kerana kebenaran dan keberanian menongkah arus kerana percaya kalau bukan dia yang pertahankan Melaka, habis itu siapa?"

"Bukan lagi soal umur, soal jawatan, soal pangkat, tetapi ia soal tanggungjawab yang terpikul di bahu setiap generasi muda. Soal bagaimana harus kita bangun dan berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Justeru, Pergerakan Puteri harus menjadi tulang belakang utama dalam menggerakkan perubahan cara fikir dan bertindak generasi muda. Berfikir, bertindak dan beraksi selari dengan aspirasi yang dimahukan oleh generasi muda. "

" Kita akan buktikan, kita bukan sahaja sudah bergigi, bahkan kita sudah bertaring tajam untuk membaham lawan seperti Harimau Muda membaham sayap Garuda. Pastinya kita sudah mampu mengaum, menyusup rasa ngeri dan gerun pihak lawan, membangkit rasa kagum pada kawan.

Kita tidak akan gerun walau diancam segenap penjuru. Semalam, kita pernah sakit dilontar batu. Hari ini kita yang ramai menjadi kuat, menjadi satu. Kerana itulah hari esok, kita tak pernah takut walau berdepan hujan peluru. Puteri tidak lut dengan sebarang ancaman. Puteri sudah kebal daripada sebarang serangan. Puteri sudah diasap dengan semangat dan diseru dengan azimat.




No comments:

Post a Comment