Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula berkata
pergerakan itu akan mengukuh strategi menangkis tohmahan pembangkang
bagi memastikan rakyat tidak terpedaya.
Katanya bagi menangkis tomahan di alam siber, Puteri Umno akan
mengukuhkan inisiatif 'cyber-trooper', pasukan yang ditubuhkan awal
tahun lepas dengan menambah anggota dan tenaga pakar pasukan tersebut.
"Pasukan ini sekarang mempunyai lebih 200 anggota yang terdiri daripada
ahli Puteri Umno sendiri dan pasukan ini menggunakan media sosial
seperti blog, twitter dan facebook bagi menangkis tohmahan pembangkang.
"Kita juga punyai lebih 600 rangkaian rakan bloggers. Kita menggunakan
medium ini untuk memberikan penjelasan kepada rakyat tentang tohmahan
liar yang selalu dilemparkan pembangkang di alam siber," katanya.
Rosnah berkata Puteri Umno juga akan memperbanyakkan aktiviti turun
padang bagi memperjelaskan kepada rakyat secara bersemuka bagi menjawab
segala tuduhan yang dilemparkan kepada Umno.
"Ucapan Timbalan Presiden tadi satu pembuka semangat kepada pergerakan
Puteri, ia akan dijadikan azimat bagi kami menjadi benteng dalam
mempertahankan maruah Umno.
"Ketiga-tiga sayap ini mempunyai peranan berbeza tetapi objektif kami
adalah sama untuk bekerja bersama-sama memastikan kemenangan Umno
seterusnya Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang," katanya.
No comments:
Post a Comment