Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday, 30 November 2011

PUTERI : “MENUNJANGI SURVIVAL BANGSA: SUATU JIHAD”



Timbalan Perdana Menteri dengan nada yang sungguh mengharukan memberikan pesanan bagaikan seorang ayah yang mahukan  satu pengorbanan dari seorang anak,  Datuk Rosnah Shirlin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia diberikan mandat perjuangan sayap puteri bagi berhadapan dengan musuh BN di dalam pilihanraya umum ke-13.

Katanya,  Puteri adalah permata UMNO.

“Pimpinlah Puteri dengan kesatuan hati dan matlamat. Dalam kelembutan Puteri, serlahkan peranan anda untuk membawa golongan wanita muda ke pangkuan UMNO.”

“ Bingkaslah untuk menarik sokongan rakyat kepada parti. Perhebatkan program Puteri di segenap peringkat. Kembalikan kegemilangan Puteri sebagai sayap tempat bernaung remaja dan wanita muda untuk bersama-sama mencorak hala tuju Negara.”

 “Laksanakan peranan anda dengan berkesan supaya parti kita menjadi lebih kuat.” Ujar Tan Sri Muhyiddin Yassin

 Atas segalanya, kitalah yang menentukan kekuatan parti kita. Jika kita bersatu hati (wahdatul qalb), bersatu minda (wahdatul fikr), bersatu amal (wahdatul amal) dan bersatu matlamat (wahdatul hadf) parti kita akan kuat.

Ketepikan perbezaan dan persengketaan. Lemparkan segala sifat tercela jauh ke lautan hitam. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

 Yakinlah, perjuangan ini adalah jihad untuk agama, bangsa dan negara. Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahan hak.

Percayalah, pilihan raya umum nanti mempunyai makna yang cukup dalam kepada kelangsungan kita. Pilihan raya ini adalah medan jihad dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah.

Pesanan dan amanat ini di sampaikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam ucapan beliau di Majlis Perasmian Serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2011 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang akan bersidang esok.

SELAMAT BERSIDANG PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA

Teks Ucapan penuh : Berita Harian

No comments:

Post a Comment