Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday, 14 September 2011

Gempar!!! Akhirnya GTP tak berdaya mengaku Mat Sabu wira..


Akhirnya, Mohamad Sabu berjaya keluar dari kepompong dan berjaya mengalihkan pandangan umum terhadap kes liwat Anwar Ibrahim dengan menyaman akhbar Utusan Malaysia. 

Tabik springgggggggggg lah kita.. hehehe.. 

Ianya berikutan laporan muka depan akhbar Umno itu pada 27 Ogos lalu bertajuk "Mohamd Sabu Hina Pejuang, Anggap Pengganas Komunis Hero Sebenar Tragedi Bukit Kepong" yang didakwanya sebagai fitnah.

"Saya hanya mempertahankan diri dan mengelak daripada fitnah terutama tuduhan komunis, tuduhan sebagai pengganas dan mempertikai aqidah." (Nada-nada kecut perut..)

"Fitnah-fitnah yang disebutkan tadi boleh menyebabkan keselamatan saya dan keluarga saya terjejas, maka kita perlu ambil tindakan undang-undang," kata Mohamad pada sidang medianya di Pejabat Agung PAS hari ini. (Hmmmmmm.. bukan main dia sayang keluarga. Tak fikir pula emosi keluarga Anggota Polis yang berjuang menyahkan fahaman komunis dulu?? Oh terlupa pulak.. Mat Sabu tidak akan meminta pertolongan PDRM sebab dia tidak percaya PDRM. Itu lah pasal dia mengambil langkah menyaman Utusan Malaysia pula. Sudah-sudah lah Mat Sabu, kes kamu ni pun akan jadi sejarah kelak. Insaflah!!) 

Turut serta pada sidang media itu peguam mewakilinya, Hanipa Maidin.

Menurut Hanipa, saman tersebut menamakan dua pihak iaitu Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sebagai pencetak dan penerbit akhbar berbahasa Melayu itu.

Antara yang dituntut termasuklah ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.
Bagaimanapun jumlah ganti rugi tersebut tidak ditentukan dan bergantung kepada tafsiran mahkamah. (La.. malu ker nak cakap berapa???)

Dalam laporan Utusan Malaysia 27 Ogos lalu, akhbar itu menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Mat Indera, lelaki yang didakwa bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

Bagaimanapun laporan itu dakwa Mohamad sebagai tidak benar dan fitnah kerana beliau tidak pernah mengaitkan Mat Indera dengan Komunis namun dilapor sebaliknya oleh Utusan Malaysia.

Ekoran laporan itu juga menurut Mohamad, beliau dan anggota keluarganya yang lain menerima pelbagai ugutan termasuk dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti ‘awak patut bertaubat, awak berbohong dan jangan sampai ada yang simbah asid ke atas isteri dan anak perempuan kamu.’ (Kah kah kah kah kah kah.. dia ugut orang boleh.. orang ugut dia tak boleh???? Tau takut kan??? Itu lah dia, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, binasa diri..)

Beliau berkata, ada juga mendesak beliau dibuang negara, termasuk dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), selepas laporan akhbar didakwa memesongkan kenya­taannya. (Iyer lah tu..)


p/s : jangan kita terlepas pandang pula.. keputusan menyaman Utusan Malaysia ini di buat selepas satu blog menyiarkan usaha gigih Tok Nik sedekah wang RM16,000.00 untuk tipu sejarah dalam usaha menyelamatkan Mat Sabu. Fakta selanjutnya ada di sini

Kelakar teman rasa.. Anwar Ibrahim dibantu Mohd Sabu. Mat Sabu  di bantu Nik Aziz. Nik Aziz dibantu duit kerajaan Negeri. Apa??? Nik Aziz guna wang kerajaan Negeri???

Walaupun berita ni tak sahih lagi.. kebenaran akan bangkit juga akhirnya.

Tahniah Barisan Nasional!!!! GTP sentiasa bersama Barisan Nasional!!!

2 comments:

  1. KIH3...TEMAN ASE KOMEE PATOT MALOO..
    YG KOMEE DOK KUTOK TUE ULAMA',ULAMA' PEWARIS NABI...
    XDE PON DLM SENTENCE AL-QUR'AN MNGATAKN AHLI POLITIK PEWARIS NABI..
    TETAPI AGAMA N POLITIK E2 SENDIRI XBOLEH DIPISAHKAN...
    KEDUANYA PERLU SEIRING DLM MENCARI KEREDHAAN ALLAH S.W.T...
    INGATLAH WAHAI SAUDARAKU,JARI YG DIANUGERAHKAN OLEH ALLAH TUE GUNA LAA SEBAIKNYA KERANA KELAK AKAN MENJADI SAKSI DI ATAS DAKYAH SAUDARA NI.
    JANGANLAH SAMPI ALLAH TARIK NIKMAT YG DIBERIKAN... RENUNG2KAN N SELAMAT BERAMAL... :)

    ReplyDelete
  2. saudara ni baru baca sikit dah sakit hati.. saudara tak pernah baca juak2 saudara yang menulis dan mengfitnah pada PRU12 yang lalu??? lebih teruk dari apa yang dilakukan oleh GTP..

    kalau saudara di pihak yang benar, marilah kita sama-sama berfikiran waras dan waja..

    keredhaan Allah yang dicari oleh mereka yang ikhlas, kebenarannya akan terpalit dengan ketidakpercayaan akal fikiran seperti saudara. Amat kasihan saudara mulai rasa kekalahan yang juak2 saudara sendiri rancangkan.

    Fitnah hanya dipolopori oleh Pakatan HAram Harbi.. hahaha.. fikir-fikirkanlah.

    Memalukan ada ulamak yang sudah mula lupa diri dan ego!!! boleh digelar ulamak macam tu??? Sedih tengok hoooooo.. kasihan, bila berumur makin sewel..

    ReplyDelete