Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday, 15 September 2011

Mahfuz Omar umumkan PRU13 pada Februari 2012..

Macam inilah kita. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata binasa diri. Mengata dulang paku serpih, mengata orang PAKATAN HARAM saja yang lebih. Sudah-sudahlah, Barisan Nasional akan terus dengan agenda pembangunan dan menyatukan rakyat Malaysia. Bukanlah tugas pemimpin untuk memporak perandakan rakyat Malaysia yang ada. 
Inilah ceritanya tidak akan habis. Barisan Nasional tidak kuasa nak melayan PAKATAN HARAM nih. Terlebih sangat menganggap diri masing-masing terlalu baik dan mulia. 
Seramai 28,834,255 rakyat Malaysia yang perlu diharmonikan tanpa  mengira idealogi politik. Sekiranya kata-kata fitnah yang dihemburkan oleh PAKATAN HARAM kemudian menuduh pula pihak BARISAN NASIONAL yang menghambur fitnah memang tidak kenalah. Kanak-kanak yang mendapat pendidikan di Sekolah PASTI pun tahu berfikir.

Berikut merupakan bukti PAKATAN HARAM melalui Naib Presiden PAS Mahfuz Omar sengaja buat onar pada Kerajaan yang memerintah hari ini. Bukti fitnah lah tu.  Segalanya fitnah belaka.

Ni Mahfuz Omar kata; PRU13, bulan dua, 2012. 

Jarak masa antara kedua-duanyanya tak jauh. Waktunya pagi Rabu. Naib Presiden PAS Mahfuz Omar bagi sidang akhbar di ibupejabat PAS,Kuala Lumpur. Beliau cuba spin kononnya kini Tun Dr Mahathir Mohamad tengah set nak jatuhkan Perdana  Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pembangkang memang diketahui tidak seronok tengok hubungan rapat antara mereka berdua. Macam-macam cuba dijolok untuk beri gambaran kepada orangramai keduanya sudah renggang.
Manakala di Putrajaya bekas Perdana Menteri itu tersenyum riang bersama Najib menghadiri majlis penyerahan kereta Proton Eletrik kepada kementerian-kememnterian di lobi Jabatan Perdana Menteri.
Ini yang dikatakan orang Mahfuz yang selalu cakap tidak tengok kiri kanan.
Mahfuz cuba Dr Mahathir jadi mastermind untuk desak Najib berundur macam tekanan ke atas Datuk Seri Abdullah Badawi dulu.
"Ini memberi mesej dia (Najib) tidak lagi boleh memberikan kemenangan kepada BN ," dakwa Mahfuz.
Dakwanya Dr Mahathir nak cuba agar  Najib berundur sebelum pilihan raya.
Sementara Mahfuz mungkin gigit jari kalau tahu waktu beliau bercakap itu di Putrajaya kemesraan seperti biasa jelas tergambar antara Dr Mahathir dan Najib.
Baginya kerajaan tidak perlu tergesa-gesa adakannya segara kerana banyak masa lagi sebelum tempoh Parlimen penggal init tamat pada April 2013.
Dr Mahathir memang dikenali sebagai orang yang sentiasa speak his mind.
Malah ketika Agendadaily selepas majlis di Putrajaya jolok soalan mengatakan khabar angin bertiup kencang kata PRU13 akan diadakan pada bulan Februari tahun depan, beliau lantas kata,“mana ada bagitau. Saya kenal Datuk Seri Najib tapi tak boleh baca hati dia.”
Apapun ketika ditanya soalan pakatan pembangkang cuba desak kerajaan supaya berbincang dengan mereka untuk tentukan tarikh PRU bekas Perdana Menteri itu selamba kata,
“Di dalam dunia ini tidak ada perbincangan (kerajaan dengan pembangkang) berkenaan dengan tarikh pilihanraya. Itu adalah prerogative (hak istimewa )kerajaan. Di mana-mana negara pun macam itu. Kalau dia (pembangkang) nak tentukan, biarlah dia jadi kerajaan dulu.
Selanjutnya sila baca  AgendaDaily

No comments:

Post a Comment