Jabatan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang putuskan amalan bertentangan hukum syarak
TASEK GELUGOR: Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.
Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid.
Sumber : Berita Harian
Sudah terang lagi bersuluh. Ketika umat Islam berada dalam bulan mulia Ramadhan 1432H, pelbagai cubaan dan dugaan yang kena ditempuhi disebabkan oleh mereka yang anti Islam.
Bermula dengan Isu Gereja DUMC, Petaling Jaya yang diperiksa JAIS pada 3 Ogos yang lalu. Sekiranya umat Islam terus diperlekeh dan digula-gulakan, tidak mustahil umat Islam akan terhimpit di negeri sendiri.
Oleh yang demikian, kesabaran tidak mempunyai had. Sampai masa kesabaran tercabar, umat Islam tidak boleh berdiam diri menjadi tunggul kayu yang tegak berdiri.
Pada tarikh yang sama, 3 Ogos 2011 pula kerajaan Pulau Pinang telah mengeluarkan pekeliling tidak membenarkan pembesar suara digunakan di surau-surau dan masjid-masjid sekitar Pulau Pinang bagi tujuan pemasangan kaset mengaji atau secara tepatnya lagi tidak mahu Azan turut berkumandang.
Itu baru satu negeri yang dikuasai oleh 1 kuasa DAP mutlak. Nasib baik di Selangor Khalid Gagap tu sebagai Menteri Besar.. Sekiranya Terresa Kok?? Tak tau apa nak jadi Selangor tu nanti..
No comments:
Post a Comment