Nasarudin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Apa nak jadi dengan PAS hari ini?? Hadi Awang (besi tidak boleh menjadi saksi) dah terkemut-kemut. Wahai Dato' Hadi yang mulia; kalau bahan bukti kes liwat itu dikatakan besi.. ni dia.. isu murtad ni tak kan nak kata Penguatkuasa JAIS tu ROBOT besi pula!!
Bukan nak memuji tindakan Nasarudin Hassan (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat), yang menyusul menyokong Dato' Dr Hasan Ali mengenai isu JAIS memeriksa Gereja DUMC adalah sesuatu perkara yang wajib di sisi agama.
Nasarudin dipercayai menerima kecaman serta tekanan hebat daripada pemimpin PAS terutamanya golongan 'Anwarinas' iaitu kumpulan yang menyokong Anwar Ibrahim.
Ia diperkukuhkan lagi dengan status terkini Ketua Dewan Pemuda PAS itu di laman Facebooknya yang membayangkan beliau sedang 'diserang' apabila berkata; "Tidak mudah untuk kita memperjuangkan Islam. Kadang-kadang cabaran dalaman lebih perit dialami berbanding cabaran luaran. Ya Allah, Engkau berilah aku kekuatan."
Nasarudin juga dilihat cuba meluahkan tekanan yang sedang dilalui akibat mengambil pendirian berbeza berbanding pucuk pimpinan PAS, melalui status terdahulu yang penuh dengan maksud tersirat.
"Aku cuba berlari di kaki pelangi, mengukur jarak berbanding masa. Aku cuba gapai warna-warni. Akhirnya akur ditipu fatamorgana. Begitulah realiti sisa umur di alam ini. Moga nur hidayah Ilahi dapat aku gapai, menyuluh lorong gelap dan kelam menuju mahligai berseri bidadari, satu destinasi yang tidak dijangkau pelangi." katanya.
Nasarudin melalui laman blognya; http://www.eperjuagan.com dilihat memberi 'kejutan bermakna kepada pucuk pimpinan PAS yang sebelum ini takut untuk bersuara apabila menyeru umat Islam bersatu di bawah payung akidah bagi memastikan tiada ruang yang membolehkan musuh Islam mudah menyelinap masuk.
p/s : biarpun teguran demi teguran juga diberi ke atas UMNO dan Barisan Nasional, tidak pula terdengar UMNO/BN menjual dan mengadai agama. PAS silalah ubah nama kepada 'Parti Amat Sesat'
No comments:
Post a Comment