Malangnya nasib anak muda ini sepanjang tiga tahun kes perbicaraan liwatnya masih tidak menampakkan jalan penyelesaian walaupun dialah mangsa liwat yang berani membuat pengakuan tanpa ragu.
Lagi malang ketika waktu dia di liwat oleh Anwar Ibrahim dia mempunyai tunang dan fahamlah kita bahawa Saiful Bukhari Azlan bukanlah manusia yang hidup dalam dua alam seperti mana bekas majikannya.
Sama-samalah kita mendoakan kes liwat ke atas dirinya oleh Anwar Ibrahim mendapat pembelaan yang sewajarnya dan Anwar Ibrahim mendapat pembalasan yang sepatutnya.
Sekarang adalah masanya untuk Anwar Ibrahim membela diri. Namun manusia berhati kering ini sanggup melakukan apa saja untuk menangguhkan kes liwatnya. Dengan kebenaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memanggil Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak beserta isterinya Datin Seri Rosnah Mansor, Ketua Polis Negara, Dato' Musa Hasan dan beberapa nama lain.
Adakah dengan memanggil nama-nama yang tiada kaitan dengan kes liwat ini adalah 1001 dalil Anwar Ibrahim ingin melepaskan diri.
Umum tahu inilah waktunya untuk Anwar Ibrahim memberikan keterangan yang mensabitkan dirinya. Namun itu tidak cukup lagi kerana dia akan sentiasa membuat helah kerana besar kemungkinan saksi-saksi yang mahu dipanggil terutamanya Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosnah Mansor dan Ketua Polis Negara, Dato Musa Hasan tidak mahu menjadi saksi kerana sungguh mereka tidak terlibat.
Dijangka, Anwar Ibrahim akan menggunakan isu ini untuk dia terus bebas.
Kalau macam tu, di manakah letaknya keadilan buat Saiful Bukhari Azlan?
Kalau macam tu, di manakah letaknya keadilan buat Saiful Bukhari Azlan?
Doalah agar ada kebenaran maka akan ada harapam
ReplyDelete