Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday 8 August 2011

Bonus Hari Raya buat Penjawat Awam

Penduduk Malaysia seharusnya berbangga dan bermuhasabah diri kerana Malaysia sebuah negara aman dan makmur. Malah dunia mengakui bahawa Malaysia negara ke 19 paling aman di dunia.

Pemimpin bertukar ganti dan ada pemimpin yang lupa diri gilakan kuasa dan mahu mengugat keamanan negara. Namun, kita seharusnya berbangga dengan Perdana Menteri Malaysia yang sentiasa tenang walaupun pribadi sering di serang oleh mereka yang tidak bermoral.

Ini terbukti apabila 'Gagasan 1 Malaysia' yang diilhamkan oleh Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak mula menunjukkan kesepakatan kaum yang nyata. Beliau menyeru agar kita menukar konsep toleransi kepada konsep penerimaan. Malah kita sedang menuju Wawasan 2020 dan seharusnya setiap kaum saling hormat menghormati dan menerima segala kemajuan yang dilakukan oleh kerajaan.

Sempena bulan baik ini, hari ini Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Manakala kepada pesara kerajaan pula, Perdana Menteri bersetuju membayar bonus khas sebanyak RM500 kerana perkhidmatan selama bekerja.

Imbuhan ini adalah untuk meringankan beban penjawat awam bersempena menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432H.

Pemberian bonus ini melibatkan 1.27 juta penjawat awam Perseketuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 billion.

Kami rakyat Malaysia menghargai jasa baik Kerajaan Barisan Nasional yang selama ini berkerja kuat demi kesejahteraan Rakyat Malaysia.

Terima kasih Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.





No comments:

Post a Comment