Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday, 9 August 2011

Desak Perdana Menteri, PR ketandusan idea

Aik? Pandai pulak berunding.. Lain macam jer? Ehem.. Ehem.. Ker hal ni tak ada kepentingan oleh S. Ambiga?

Boleh pun diadakan perundingan.. bukan susah sangat sampai nak berhimpun haram jadah.. Ohhh, atau mungkin tak dapat lagi pembiayaan dari puak Israel yang pernah menyalurkan wang dalam akaun S. Ambiga untuk Perhimpunan Bershit 2.0 yang ternyata gagal.

1 Malaysia sedang memerhati isu kes liwat Anwar Ibrahim ke atas Saiful Bukhari Azlan yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sejak tertangguh 3 bulan yang lalu dan kes paling galak tertangguh.

Alhamdulillah syukur, PDRM telah menjalankan tugas dengan begitu cekap, adil dan saksama.

PR semakin tertekan apabila sudah mati isu untuk di lalakkan pada khalayak umum sampaikan isu pemegang 'taraf kerakyatan penduduk tetap' dimainkan kini.

Dengan menjadikan kes Mismah yang namanya dikesan dalam senarai pemilih SPR sebagai pemegang taraf penduduk tetap, pembangkang menyerahkan surat kepada Perdana Menteri melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz di banggunan Parlimen pada hari Isnin semalam.

Antara wakil pembangkang yang turut hadir bagi menyerahkan surat meminta sidang tergempar dalam tempoh tujuh hari itu ialah Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tony Phua mewakili DAP.

Dato' Seri Nazri Aziz selepas menerima surat berkenaan memberitahu sidang media, beliau akan membincangkan perkara ini dengan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung desakan pembangkang mengadakan sidang tersebut.

Sumber : Agenda Daily

Isu pilihanraya semakin hampir hanya dimomokkan oleh pembangkang sahaja. Sedangkan kerajaan yang sedia ada hari ini mempunyai mandat sehingga 2013 sekiranya dilihat pada tahun PRU12 diadakan (2008).


Nampaknya pula, isu ni juga dah macam 'milo-milo suam' jer apabila tak berapa nak hangat diperkatakan. Kerajaan Perseketuan dan Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional 'cool' saja nampaknya tak melatah.

Apa pun kita tunggu apa keputusan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak berkaitan permohonan PR yang mahu diadakan 'Sidang Tergempar Parlimen' bagi menjawab isu pendatang asing yang mendapat kerakyatan tersebut dan tercatat dalam Daftar Pemilih SPR.

Boleh kerat jarilah, apabila permohonan ini dipersetujui kelak, puak PR ni dah ada perancangan yang teliti untuk bikin kecoh punya.

Buat aksi ganas, gagal
Buat aksi tipu menipu, gagal
Buat aksi nak menyaman PDRM, gagal
Buat aksi nak minta simpati rakyat, gagal,
Buat forum mencari solusi selepas 9 Julai, gagal
Buat aksi menangis dan tagih simpati, gagal

Yang tak gagalnya ialah 'melalak melolong, mengfitnah, menghasut..' 
Lagi satu; aksi manjang tak puas hati dan ada saja yang tak kena oleh puak PR.. Waulau hu alam.

No comments:

Post a Comment