Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday, 7 July 2011

Nik Nazmi nak cover Wardina Safiyyah ? Wardina Kantoi....

Apakah Nik Nazmi merasakan beliau adalah punca SIAL yang melanda diri Wardina Safiyyah sehinggakan artis wanita itu “terpaksa direhatkan” oleh pihak pengurusan TV3 yang mengelolakan rancangan morning talk show Malaysia Hari Ini [MHI]..?

Wardina kantoi kerana menghadiri majlis PKR setelah “memenuhi kehendak” Nik Nazmi. Maka dengan itu tidak mustahil Nik Nazmi merasakan dirinya membawa SIAL sehingga Wardina kini tidak boleh muncul lagi dikaca tv rancangan TV3...

Atas dasar inilah dilihat Nik Nazmi telah membuat satu kenyataan, kenyataan bertaraf bengong dan baghal semata mata mahu menjaga perasaan Wardina Safiyyah....;TVS NEWS

PETALING JAYA - ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini mengecam bloger yang menfitnah Wardina Safiyyah semata-mata di atas kehadirannya dalam satu program anjuran beliau.

Nik Nazmi berkata Wardina menjadi sasaran fitnah hanya kerana menerima undangan beliau untuk hadir di program kemasyarakatan Karnival Mesra Rakyat.

"Kepada blogger-blogger yang menimbulkan fitnah dan tohmahan, hentikanlah menyerang Wardina semata-mata kerana prejudis politik mereka," kata Nik Nadzmi.

Nik Nazmi menjelaskan, beliau tidak berniat untuk meraih "spekulasi pihak tertentu yang tidak menghormati aktiviti kerajaan bukan BN" dengan menjemput pelakon dan model terkenal itu ke program Karnival Mesra Rakyat itu.

"Kepada blogger-blogger yang menimbulkan fitnah dan tohmahan, hentikanlah menyerang Wardina semata-mata kerana prejudis politik mereka..."

"Mari kita bertempur di gelanggang politik, sebagai orang politik tanpa perlu mengheret pihak-pihak lain."

"Kewibawaan Wardina sebagai ikon muslimah jauh berbanding blogger-blogger murahan tersebut yang mengambil pendekatan aib, fitnah dan tohmah," kata Nik Nazmi lagi.

Isu berhubung kehadiran Wardina di program anjuran PKR pada 26 Jun lalu itu menjadi muatan utama laman web pro-Umno.

Laman web berkenaan antara lain turut membangkitkan mengenai keberanian Wardina dalam memperlihatkan sokongan terhadap PKR sedangkan beliau didakwa telah "dicurahkan dengan bayaran mewah oleh TV3."

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata keputusan mana-mana artis untuk hadir dalam apa jua program perlu dihormati tanpa mengira siapakah penganjur program berkenaan.

"Saya begitu sedih bagaimana program masyarakat sebegini boleh serta penglibatan seorang ikon bukan politik boleh disalahtafsirkan dalam suasana politik dangkal negara hari ini.

"Hairannya ikon atau artis yang menghadiri program anjuran kerajaan persekutuan mahupun BN secara langsung tidak dilayan seperti Wardina," katanya lagi.

Katanya lagi, beliau menjemput Wardina secara peribadi untuk hadir ke program berkenaan bagi menyampaikan ceramah motivasi berhubung isu keibubapaan.

" Wardina merupakan sahabat saya dan saya menganggapnya sebagai ikon muslimah muda yang mampu menarik masyarakat pelbagai kaum," kata Nik Nazmi lagi dalam satu kenyataan hari ini.

http://medan-info-kita.blogspot.com/

Nota :"Mari kita bertempur di gelanggang politik, sebagai orang politik tanpa perlu mengheret pihak-pihak lain." kata Nik Nazmi. Yang silapnya Nik Nazmi yang seret Wardina ker kancah politik, Nik Nazmi dan Wardina tentu tahu apa akibatnya  jika Wardina pasti akan diserang oleh bloggers  Pro UMNO. Risiko ini patut  diketahui oleh Nik Nazmi dan Wardina sendiri. 
Wardina kata dia tidak tahu Azmin turut hadir, ha ha ha ini program PKR macam mana  Wardina tak tahu ? Wardina juga memberi ceramah dalam program PKR tak kira lah ceramah apa.Tetap memberi ceramah lah namanya, Jadi Blogger Pro UMNO tidak memfitnah.Dengan kenyataan Nik Nazmi , Kantoilah Wardina memang dia ada memberi ceramah di Program Keadilan dan menerima  jemputan program Keadilan dan pastinya tahu  Azmin akan hadir, Sebenarnya tidak salah , terpulanglah itu hak Wardina.
 

1 comment:

  1. atau Nik Nazmi dengan wardina ada apa2 ? hemmm ...

    ReplyDelete