Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday, 6 July 2011

Ayuh bangkit bangsaku... lawan tetap lawan








Kami rakyat Malaysia yang mendokong kedamaian dan kesejahteraan negara akan bangkit dan menentang musuh-musuh negara yang bertopengkan manusia.

Kami rakyat Malaysia akan memastikan Pengerusi Bersih 2.0 akan dibuang negara kerana kesalahan yang dilakukan tidak boleh dimaafkan. Biar berkerat rotan, kami akan tentang habis-habisan!!!!!!!!!

Kami rakyat Malaysia yang cintakan kemerdekaan tidak akan membiarkan jajahan bentuk baru menanah di hati rakyat!!!!!!

Sudah cukup 500 tahun kami di jajah. Kami tidak mahu peristiwa 13 Mei 1969 berulang kembali!!!!
Berbekalkan kemerdekaan 54 tahun, pembangkang dah berlagak macam-macam.

Terima kasih PDRM kerana bertindak pantas menangani isu pemberontakan Bersih!!!

Pembangkang!!!!!!!! Ni apa?????? Jangan kau berlebihan!!!!!

Polis menemui tiga bungkusan berisi barang-barang berbahaya termasuk bom molotov cocktail, parang dan mercun bola di tiga lokasi di ibu negara semalam, yang dijangka digunakan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk mengadakan perhimpunan haram pada Sabtu ini.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, semua barang tersebut ditemui disembunyikan dalam pokok hiasan di hadapan Restoran The Ship di pusat beli-belah Kompleks Pertama, di bawah tangga Wisma Bumi Raya dan dalam semak di air pancut belakang Pusat Beli-belah Sogo di sini.

Beliau berkata, polis bertindak membuat pemeriksaan di tiga lokasi terletak kira-kira 150 meter antara satu sama lain itu setelah dihubungi oleh orang awam yang berasa syak apabila melihat tiga lelaki menaiki sebuah kereta Proton Waja berwarna perak berkeadaan mencurigakan meletakkan sesuatu di situ.

"Pada pukul 4.30 pagi semalam, dua ahli perniagaan yang sedang menggunakan tandas awam di belakang Pusat Beli-belah Kompleks Pertama telah melihat tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan berhenti di beberapa tempat berdekatan tandas awam tersebut.

"Ketiga-tiga suspek memakai kopiah putih menaiki kereta Proton Waja dan menutup muka dengan topeng dilihat tergesa-gesa menyembunyikan sesuatu di tiga lokasi berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

"Dalam bungkusan pertama di Restoran The Ship, polis menemui 28 biji mercun bola, empat botol bom molotov cocktail, empat helai topeng muka dan sehelai baju T kuning tertera perkataan Bersih 2.0.


"Di Wisma Bumi Raya, kita menemui bungkusan kedua berisi 15 biji mercun bola, empat botol bom molotov cocktail dan empat topeng muka," katanya.

1 comment:

  1. http://www.malaysiakini.com/news/169093

    ReplyDelete